Erfaan's First Birthday ticker

Lilypie First Birthday tickers

Adam's Second Birthday ticker

Lilypie Second Birthday tickers
Showing posts with label set bersalin. Show all posts
Showing posts with label set bersalin. Show all posts

Monday, February 07, 2011

Register bersalin di Hospital Putrajaya

Kali ni cadangnye nak bersalin kat HPJ pulak..sbb hubby teringin nak anak sorang lahir kat putrajaya..wahaha alasan :p

tapi alasan aku? murah dan dekat..

murah ke? tatau la, org kata HPJ mahal nak banding dgn hosp kjaan yg lain..tapi aku rasa still murah kot kalau nak banding dgn hospital swasta kan..

So last week dah dapat referral letter dr Dr. Faz kat Azzahrah..and since counter pendaftaran HPJ bukak Isnin DAN Jumaat sahaja, maka aku heret hubby pegi pagi tadi..EL 0.5 day la kami berdua..

Ape prosedur dia? meh aku share..

1. Gi kat kaunter 1. Amik number giliran.
2. Tunggu kaunter 2 atau 3 panggil.
3. Serahkan IC, buku merah (current dan previous pregnancy), referral letter dan nombor giliran
4. Serahkan sume tadi termasuk buku kuning dan kad putih yg kaunter 2 bagi kat kaunter A.
5. Tunggu kaunter A panggil
6. Mintak time slip kat kaunter A kalau perlu

kitorang sampai kul 9pagi, settlenye kul 11pagi. 2 jam jugak lah, maka kalau nak register tu sile la amik cuti, xyah la nak buat baik gtau bos yg konon nak dtg lambat sikit aje..kehkehkeh..

pegawai kat kaunter 2 tu siap pesan, 'puan dengan husband bukan kakitangan kerajaan, untuk checkup dan lain2 puan kena bayar lah'

yes maam..

neves ni..dah nak masuk 2 kali bersalin pun neves..takott



tgkla video ni kalau sanggup..amik kat youtube :p

Monday, November 22, 2010

Nona Roguy (NR)- Set Bersalin

Alhamdulillah..aku dah terbeli pulak NR ni wpun aku baru 6bulan haha
Peah yg tlg belikan, tapi aku x byr dia lagi (masuk gaji hari Rabu aku bayar tau!). Harga? Kalau retail RM365, kalau ahli RM300. Peah dapat RM280 :D yey!

Dulu aku guna Amway..tapi tah, mcm x serasi ngan aku. Sembelit? Allah saje yg tahu..aku pernah nangis2 dlm toilet tau! Pastu jamu dia mcm x power kot..susu pun x banyak..kihkihkih..

Papepun aku harap berkesan lah produk nih!!
Caiyokk!