Erfaan's First Birthday ticker

Lilypie First Birthday tickers

Adam's Second Birthday ticker

Lilypie Second Birthday tickers

Monday, May 08, 2006

Ravioli of Minted Asparagus with Potatoes and Mascarpone

www.jamieoliver.com

1 x basic pasta recipe
225g/8oz potatoes, peeled
680g/11/2lb asparagus, bases trimmed and stalks peeled (if need be)
1 clove of garlic, finely chopped
olive oil
salt and freshly ground black pepper
1 good handful of fresh mint, leaves picked and chopped
1 x fresh pasta recipe
2 large knobs of butter (or 1/4 pack)
2 heaped tablespoons mascarpone cheese, lightly seasoned
1 handful of grated Parmesan cheese

Cook the potatoes in salted boiling water until tender and drain.

Remove the tips of the asparagus and set to one side. Finely slice the stalks and fry with the garlic in a little olive oil until tender, placing a lid on the pan. Remove from the heat, add the potato and mash together. Season carefully and add half the chopped mint to taste.

Fill your ravioli with a heaped teaspoon of filling and cook in salted boiling water with the asparagus tips for 3-4 minutes.

Drain and toss the ravioli and asparagus tips with the butter, mascarpone, Parmesan and the rest of the mint.

Sunday, May 07, 2006

Aasef Ya Ummi..

Tiada Apa-apa 'SEORANG IBU'
Kiriman: Izzatie pada Khamis, 04 Mei, 2006 - 11:00 AM GMT


Beberapa bulan yang lalu hati saya tiba-tiba rasa berdebar, cemas, bimbang dan runsing. Perasaan itu datang bukan sekali dua malah terlalu kerap. Ketika memandu pun saya turut diserang rasa yang demikian. Saya cuba dapatkan nasihat doktor. Doktor kata takde apa-apa. Hairan juga!

Sewaktu balik ke kampung, saya bertemu dengan guru mengaji Qur'an. Saya ceritakan perkara yang saya alami. "Mungkin ada buat silap dengan mak kot. Cuba check," katanya. Saya tersandar seketika.

Insiden apakah yang boleh membuatkan saya diuji sebegini rupa? Puas saya memikirkannya. Seingat saya, walau ke mana saya hendak pergi dan apa yang saya nak buat, tak pernah saya lupa memberitahu mak.

Meminta maaf memang saya jadikan kebiasaan dalam diri.Saya balik ke rumah mak, lalu saya ceritakan peristiwa yang saya alami itu. Saya pohon! padanya, "Mama, saya nak tanya dari hati ke hati, adakah saya pernah buat dosa dengan mama yang mama tak ampunkan?""Tak ada apa-apa. Mama restu dengan apa yang saya buat sekarang ini."

Saya masih tak puas hati. Esoknya saya tanya lagi. Mama masih menjawab, "Tak ada apa-apa". Saya masih tidak puas hati lagi. Malam itu saya munajat denganTuhan minta Allah tunjukkan jalan kebenaran.Hari ketiganya dalam keadaan berteleku, saya menghadap mama sekali lagi. Mama ketika itu sedang berehat di sofa. Saya pandang wajah mama, saya genggam erat tangannya erat-erat, "Mama, saya pohon sekali lagi, tolonglah mama luahkan apa yang terbuku di hati mama. Saya tahu saya ada buat salah, tapi mama tak nak bagitau."Airmata sudah membasahi pipi. "Tak ada apa-apa?" Tingkah mama semula.

Dalam keluhan yang dalam, ibu tua seakan mahu bersuara tapi terdiam kembali. Akhirnya dia bersuara. "Sebenarnya ada satu kisah yang mama susah naklupakan! Dan sesekali ingatan itu datang akan membuatkan hati mama terluka. Kadang-kadang ketika membasuh pinggan mama boleh menangis tersedu-sedu mengenangkan peristiwa itu. Lukanya amat dalam, masih berbekashingga sekarang." Saya terkedu.Mama menyambung, " Engkau tentu ingat arwah ayah meninggal ketika adik masih kecil. Tanggungan kita ketika itu sangat berat. Duit pencen ayah memang sedikit dan tak cukup nak tampung hidup kita, kamu ingat tak?"Mama mula menangis. Saya tunduk.

"Selepas SPM kamu ditawarkan menjadi guru sandaran, wang hasil titik peluh Sabri tu mama gunakan untuk perbelanjaan adik-adik. Satu hari kamu bagitau mama kamu nakmelanjutkan pelajaran. Mama merayu supaya hajat itu ditangguhkan dulu sebab kita kesempitan wang dan minta kamu terus bekerja. Berkali-kali kamu minta dan merayupada mama nak sambung belajar juga. Akhirnya mama terpaksa melepaskan kamu belajar dalam hati yang penuh terpaksa." Saya benar-benar terkejut.

Mama menyambung lagi, "Cuba bayangkan ketika itu kalau mama tak izinkan kamu pergi, mama rasa kamu akan berkeras pergi juga. Dan perginya kamu ketika itu adalah sebagai anak derhaka!"Saya meraung sepuas-puasnya, terjelepuk lembik di pangkuan mama. "Mulai hari ini mama ampunkan semua dosa kamu adik-adik pun dah berjaya. Segala yangterbuku di hati dah habis mama luahkan. Mama harap mama dapat mengadap Tuhan dengan hati yang tenang."Ungkapan terakhir mama terasa bagaikan air sungai jernih yang mengalir sejuk ke seluruh urat saraf saya seakan membasuh dosa yang lalu. Badan saya terasa ringan yang amat sangat. Syukur kepada Allah hati saya kembali tenang. Terasa kerja-kerja yang dibuat semakin dibantu Allah.

Sejak peristiwa itu saya selalu berpesan kepada anak-anak, ahli keluarga dan kawan-kawan agar bersihkan hubungan hati kita dengan ibu kerana ia sebagai jambatan menuju ke syurga.Saya yang terlibat dalam program motivasi turut menceritakan pengalaman saya ini kepada peserta kursus. Bukan niat di hati untuk berbangga tapi apa yang saya harapkan semua orang dapat berbuat baik dengan ibu, demi kebaikan di dunia dan di akhirat.Suatu hari selepas selesai menyampaikan ceramah di sebuah kem motivasi, saya dicuit oleh seorang pegawai lelaki yang sudah melewati usia 40-an."Cik.. bulan depan telefon saya." Saya kehairanan.

Dari sumber yang diketahui, penganjur program memaklumkan lelaki tersebut mengambil cuti seminggu untuk pulang ke kampung.Sebulan kemudian saya menghubunginya dengan telefon. "Sabri, terima kasih banyak-banyak kerana mengingatkan saya tempoh hari. Kalau tidaksaya tak tahulah nasib saya." Suara lelaki itu seakan sebak. Saya bagaikan berteka-teki dengannya.

Menurut ceritanya, selepas program tersebut dia terus pulang ke kampung menziarahi ibunya yang sudah terlalu uzur dan sudah sekian lama tidak juga dijengah bertanyakan khabar berita. Sampai di kampung, ibu yang uzur itu dipeluk dan dicium. Ibu tua itu kehairanan kerana selama ini si anak tidak pernah berbuat demikian. Dalam tangisan yang penuh syahdu si anak memohon ampun dan maaaf di atas segala silapnya selama ini.

"Syukur kamu dah insaf. Selama hari ini kamu tidak pernah meminta maaf bersunguh-sungguh. Kamu mungkin jadi anak derhaka kalau mak tak ampunkan dosa kamu yang satu ini. Umur mak dah 80 tahun. Selama 50 tahun mak memendam rasa. Dosa yang lain mak boleh ampunkan, tapi dosa yang satu ini mak rasa sungguh berat dan amat tersinggung. Mak terlalu sedih anak yang mak kandung sembilan bulan, anak yang mak kenyangkan perutnya dengan air susu mak ini sanggup mengherdik mak dengan kata-kata 'orang tuabodoh, tak ada otak'."

Cerita lelaki itu, satu hari dia meminta ibunya membasuh sehelai seluar yang berjenama, dibeli hasil duit gaji pertamanya. Seluar itu terlalu kotor lalu si ibu merendamnya dengan peluntur. Mak gosok dan lipat. Beberapa hari kemudian dia mencari seluar itu untuk dipakai bekerja, malangnya seluar mahal itu didapati telah bersopak-sopak warnanya. Lalu dia yang berdarah muda menjadi berang, mengherdik si ibu, "Hei, orang tua bodoh! Tak ada otak ker? Buta ker? Seluar nih mahal tau!!"Akhirnya dosa si anak diampunkan. Daripada kedua-dua cerita ini dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa di sebalik ungkapan 'tak ada apa-apa' dari mulut seorang ibu mungkin ada tersimpan 'apa-apa' yang sangat memilukan hati ibu, akibat tingkah laku atau tutur kata kita yang menyinggung hatinya. Jagalah hati ibu, dan sentiasa minta mereka doakankesejahteraan hidup kita. Sesungguhnya doa dari seorang ibu sangat makbul.

"..dan hendaklah kamu berbuat baik dengan sesungguhnya kepada ibu bapa..sesungguhnya Allah itu tidak suka kepada orang yang sombong dengan perbuatannya, sombong dengan perkataannya." An-Nisa':36

Tuesday, May 02, 2006

Dengan nama Allah yg Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Ya Allah..Seandainya telah engkau catatkan..
Dia milikku tercipta buatku..
Satukanlah hatinya dgn hatiku..
Titipkanlah kebahagiaan antara kami..
Agar kemesraan itu abadi..

Ya Allah..
Ya Tuhanku yg Maha Mengasihi..
Seiringkanlah kami melayari hidup ini..
Ke tepian yg sejahtera dan abadi..
Maka jodohkanlah kami..

Tetapi Ya Allah..
Seandainya telah Engkau takdirkan..
Dia bukan milikku..
Bawalah dia jauh dari pandanganku..
Luputkanlah dia dari ingatanku..
Dan peliharalah aku dari kekecewaan..

Ya Allah..
Ya Tuhanku yg Maha Mengerti..
Berikanlah aku kekuatan..
Menolak bayangan jauh ke dada langit..
Hilang bersama senja yg merah..
Agarku sentiasa tenang..
Walaupun tanpa bersama dgnnya..

Ya Allah yg tercinta..
Pasrahkanlah aku dgn takdirMu..
Sesungguhnya apa yg telah Engkau takdirkan..
Adalah yg terbaik untukku..
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui
Segala yg terbaik buat hambaMu ini..

Ya Allah..
Cukuplah Engkau sahaja yg menjadi pemeliharaku..
Di dunia dan akhirat..
Dengarkan rintihan hambaMu yg dhaif ini..
Janganlah Engkau biarkan aku sendirian..
Di dunia ini mahupun di akhirat..
Menjurus aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran..

Maka kurniakanlah aku..
Seorang pasangan yg beriman..

Kurniakanlah aku..
Cinta insan yang mencintaiMu...
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup..
Ke jalan yg Engkau redhai..
Dan kurniakanlah padaku keturunan yg soleh dan solehah..

Ya Allah..
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan di akhirat..
Dan peliharalah kami dari azab api neraka..

Amin.. Amin.. Ya Rabbal Alamin....

P/s abg..thanx for everything..ur family is adorable :)