Erfaan's First Birthday ticker

Lilypie First Birthday tickers

Adam's Second Birthday ticker

Lilypie Second Birthday tickers

Sunday, June 27, 2004

its fun :P

ye ke? eheh

Unsur-Unsur WANITA!!

a) Tanah - anak pertama, kelima, kesembilan.
b) Air - kedua, keenam, kesepuluh
c) Api - ketiga, ketujuh, kesebelas
d) Angin- keempat, kelapan, keduabelas

WANITA BERUNSUR TANAH
1) Merendah diri,serta hormat dan patuh, setia serta rela berkorban.
2) Tidak cerewet, tidak meninggi diri, tidak sombong dan bukan seorang
pemarah.
3) Tenang diri, aman, dan memberi sokongan.
4) Tidak suka membantah atau membangkang
5) Berwatak manis, lemah lembut, bersih dan sentiasa menjaga
kecantikan.

WANITA BERUNSUR AIR
1) Menghidupkan hati pasangan dan pemberi semangat.
2) Mengambil berat
3) Hatinya bersih dan boleh membahagiakan pasangan
4) Menenangkan pasangan.
5) Sangat romantis
6) Mudah menangis

WANITA BERUNSUR API
1) Cintanya sentiasa hangat dan memberahikan
2) Cergas, cepat dlm gerak geri dan tangkas menguruskan rumah tangga.
3) Penasihat yang baik
4) Pandai dan cekap mengurus rumahtangga
5) Pandai menghias diri agar kelihatan cantik selalu
6) Berwaspada selalu

WANITA BERUNSUR ANGIN
1) Lemah lembut dan menenangkan
2) Pandai bermain kata dan memujuk rayu
3) Sopan santun dan berbudi pekerti mulia
4) Bijak mewujudkan suasana selesa.
5) Hati yang cepat berubah ubah

Thursday, June 17, 2004

to sir with love

heard this song kat tv smlm..cant remember which channe [astro kot]..well..this song kinda give me back my memories..this song is dedicated to
1. someone who has been thru a lot with me from my primary school yrs..until just recently i felt like i've lost a friend in this someone..dunno what went wrong..but i wanna say this ..[i've never said it before]..u're surely one of the greatest friend i ever had..and surely hard to find someone like u..
2. shy, tim and mun [luv u guys a lot]
3. all smkaksian who still considers me a friend
4. fellow srcs 2003/2004 [ sigh..speechless..beautiful memories]
5. bmm ppl..[ this song is suitable sem 2 nnti though..hiks]..and all :)
thanx..hope to still be ur friend..

p/s..psst..the sir part change with ur names lah huh?:P

Artist: Vonda Shepard with Al Green Lyrics
Song: To Sir with Love Lyrics


Those schoolgirl days of telling tales and biting nails are gone
But in my mind I know they will still live on and on
But how do you thank someone who has taken you from crayons to perfume?
It isn't easy, but I'll try

If you wanted the sky
I would write across the sky in letters
That would soar a thousand feet high
`To Sir, With Love'

The time has come for closing books and long last looks must end
And as I leave I know that I am leaving my best friend
A friend who taught me right from wrong and weak from strong
That's a lot to learn, but what can I give you in return?

If you wanted the moon
I would try to make a start
But I would rather you let me give my heart
`To Sir, With Love'

Monday, June 14, 2004

stitches

dah berjahit dah muke..

13 jun 2004

tgh dok diam2 dlm bilik sebelah azrah..balut2 hadiah utk yeh ngan nah..tetibe AArgh!! kipas siling yg sedang elok berpusing jatuh terus kene muke..terdiam kejap..terjkejut..tetibe je azrah cakap 'nad..banyak darah'..so dengan sepantas kilat n penuh kekompiusan terus tukar baju dan bertolak ke unit kecemasan Hospital Putrajaya.

seb baik azrah ade..azrah drive to the ospital..and called umah. dah bape minit tah kat situ..mama abah azrah ngan nisah pun masuk..hui..sakit woo..darah mengalir2..takot..
alhamdulillah setitis air mate pun x tumpah..[klu air mate kene tempat luke tu pedih woo]

pukul 10 mlm doktor sahkan yg mmg kene jahit..sbb tempat koyak die besar. so i end up having my first time experience 'dijahit' kat ospital putrajaya. kol 10.50 siap..doktor kate 4 stitches kat muke..3 kat telinge..isk horror toll..

smpat lagi sorang nurse tu melawak..'abislaaa kurang RM1000'..dah abis jait die gelak..lagi sekali die melawak..'ok laa..bole la tambah RM500'. hehe..dem je..:P

tapi all in all nasib baik la kene kat muke [walaupun lepas ni gerenti muke berparut]..klu kene kat leher..inalillah la kan..eheh..

wutever pun..thanx azrah for being there..for driving..for calling up my mum..for waiting untill i was done..for ebritinglah..hehe.[i luv my rumet :P]..and thanx yeh sbb call nad [ luv u 2 kande :D]..thanx fy for ur concern and 'saman' messages :P..eheh.thanx anin sbb msg..basically thanx ebrione..wont be as strong without u guys ;)

doakan saye cepat sembuh ye? :D

14 jun 2004

abah gi mmu..settlekan pepe yg patut ngan mmu. later in the evening tn hj zamzuri called..tapi tah la..tataula dewang nak watpe..malas nak pk..mende dah jadi..
tp mmg x berbaloi aa kene baya fees mahal2 ..isk..

got tons of get well and saman msgs..thanx guys..thanx joe sbb called..thanx ebrione for ur concern..
jap lagi nak gi bukak plaster putih atas tmpt jahitan ni..nak bukak sendrik takot woo..herk..doakan xde pepe yek?:D
[tanakla kene jait lagi..]

Friday, June 11, 2004

cinta perjuangan

dpt cerpen ni dari blog akh mokhzani a.k.a konggo


CINTA KITA CINTA PERJUANGAN

"Enti menangis..?"
"Untuk apa ana menangis, bukankah akh selalu pesan, jangan menangis kerana manusia."
"Habis, mata enti berair?"
"Mata ana masuk habuk. Kebelakangan ni, selalu sangat mata ana ni berair."
Aku tersenyum.

Alasan ni dah lapuk sebenarnya, seingat aku semasa aku berumur 7 tahun, aku sudah tidak percaya alasan 'masuk habuk' yang menyebabkan mata seseorang berair. Filem-filem Melayu yang mengajar aku.

"Ana tahu enti menangis.."
"Tidak!!! Tak faham-faham ke?!"

Dia tiba-tiba membentak.
"Oklah.. oklah.. mata enti masuk habuk. Ginilah, kapal terbang akan bertolak besok pukul 7.00 petang. Kalau enti nak hantar pun hantarlah. Kalau tak nak pun, kapal terbang tu tetap akan bertolak. Ana pergi cuma 2 tahun, tak lama.."

"Insya-Allah ana akan hantar. Tapi kalau ana tak hantar pun, ana harap akh tidak kecil hati. Ana takut berlalu fitnah. Maklumlah, kita bukannya diikat dengan ikatan yang sah lagi. Sekadar pertunangan..."
"Pertunangan bukannya ikatan yang sahkah..?"
"Bukan itu maksud ana, namun setidak-tidaknya ia kan boleh putus bila-bila masa sahaja. Sekali dihempas ombak, sekali pantai berubah..."
"Pantai berubah kerana ombaklah tunangnya. Cuba jika bulan menjadi gerhana, atau matahari hilang sinarnya, berubahkah pantai?"
Aku berfalsafah. Dan memang dia akan selalu kalah kalau beradu bahasa denganku. Temannya yang sering dibawa apabila berjumpa denganku tergelak kecil. Satu sokongan moral untukku.

"Akh punya pasallah. Ana nak pergi. Jumpa lagi besok. Assalamualaikum..."
Aku tidak menjawab salamnya. Bukankah menjawab salam dari seorang wanita yang bukan mahram hukumnya makruh?

*********************************
"Ana tak setuju dengan pandangan ustaz!!" Seorang muslimah bangun membentak. Aii.. ada juga yang berani rupanya. "Bukankah demokrasi telah lama memperdayakan kita? Adakah Rasulullah SAW berjuang untuk mendapatkan kuasa baru dilaksanakan syariah seperti yang terdapat dalam hukum demokrasi..?" Dia berhenti seketika. Mengambil nafas rasanya. Ini baru kali pertama aku melihat dia bangun berucap di khalayak.

"Kalaulah demokrasi boleh gagal di Turki, boleh gagal di Algeria, kenapa tidak di negara kita? Ustaz bercakap terlalu yakin dengan demokrasi. Di mana pula komitmen ustaz terhadap pembinaan tanzim seperti yang diajar oleh Hassan Al-Banna dan Syed Qutb?"

Suasana semakin bising. Apabila seorang pembentang kertas kerja seperti aku ditentang di khalayak ramai, ia satu kejanggalan yang ketara. Sekalipun Dewan Badar ini sudah cukup sejuk, namun ia tetap 'hangat' pada malam ini.

"Ana rasa ustazah sudah silap faham terhadap pandangan ana. Ana cuma ingin menyatakan, kadang-kadang demokrasi boleh digunakan untuk mendapatkan kuasa selagi mana diizinkan. Ciri demokrasi yang paling ketara ialah pemilihan pemimpin melalui majoriti. Bukankah Abu Bakar sendiri dipilih melalui majoriti dan bai'ah? Bezanya, bai'ah dahulu dengan tangan, manakala sekarang dengan menggunakan kertas undi. Yang penting, kerelaaan!"

"Baiklah. Cuma ana ingin bertanya, adakah ustaz berpandangan bahawa demokrasi ialah satu-satunya cara untuk memastikan kedaulatan Islam di bumi kita?"

"Hmmm.. sehingga sekarang, ya. Kita masih boleh bergerak bebas, gunakanlah ruang yang ada sekadar yang termampu."

"Maaflah ustaz. Ana tidak mampu untuk bersetuju dengan pandangan ustaz."

Dia menamatkan 'soalannya' lalu mengambil tempatnya kembali. Aku terkasima sendirian.

********************************************

"Kau kenal dia Abdullah?" Aku memulakan pertanyaan yang sekian lama tertanam di dalam benakku. Abdullah berhenti menyuap nasi, memaku matanya ke wajahku. Sekarang aku nekad, sekurang-kurangnya aku harus mengenali orang yang begitu berani menongkah pendapatku di tengah khalayak. Suasana di restoran sup tulang yang biasanya sibuk dengan pelanggan malam ini nampaknya begitu lengang seolah-olah memberikan ruang yang cukup untukku berbicara dari hati ke hati dengan Abdullah.

"Ini kali pertama kau bertanyakan soalan kepadaku tentang perempuan. Hai, sudah kau jualkah prinsip kau selama ini. Kau kan tak mahu menjadi hamba cinta?!"

Memang hebat Abdullah kalau diberikan peluang untuk menyindir. Mungkin dia terlupa bahawa dia hanya menumpang keretaku untuk datang ke sini atau dia sudah bersedia untuk balik dengan hanya berjalan kaki.

"Jawab soalan aku dulu.."
"Rupa-rupanya, manusia berhati batu macam kau pun tahu erti cinta."
Abdullah belum puas lagi menyindir nampaknya.
"Jawab soalan aku dulu.."
Aku memohon untuk kali kedua.

"Baiklah Muhammad, aku tahu sejak malam tu kau sebenarnya ingin mengenali dia. Orang seperti kau ni Muhammad hanya akan 'kalah' dengan kaum yang spesis dengan kau saja. Maksud aku, yang boleh diajak berbincang tentang perkara-perkara yang kau minati yang kebanyakannya adalah membosankan!"

"Jawab soalan aku dulu.."
Aku ulangi permintaanku untuk kali seterusnya.
"Ok.. dia, namanya kau sudah tahu. Seorang yang pendiam dan suka menulis. Menurut kakakku yang sebilik dengannya, dia ni sering bangun awal. Sebelum pukul 5 sudah di atas tikar sejadah. Bukan macam..."

"Aku? Hai.. kau ni silap tuju. Kau yang bangun lewat Abdullah.. ok, teruskan."
"Kalau kat asrama, dia ni suka baca Al-Quran, tak suka bersembang kosong, tak suka jalan-jalan dan banyak lagi yang dia tak suka.."Abdullah dengan selamba menceritakan segala-galanya.
"Lagi.. negatifnya?"
"Negatifnya.. banyak.."
Abdullah tersenyum sejenak. Lalu menyambung, "Negatifnya.. pelajaran dia agak sederhana. Tapi bagi aku, itu tidak menjadi masalah. Cuma.. aku tak pasti adakah kau akan setuju dengannya jika aku menyatakan sesuatu..."

"Apa dia..? Negatifkah?"
"Tidaklah negatif sangat, namun bertentang dengan aliranmu. Dia terlibat dengan satu pergerakan... rahsia! Maksud aku, pergerakan yang memperjuangkan sesuatu yang tidak selari dengan undang-undang demokrasi."
"Gerakan militankah?"
"Mungkin, namun aku tak pasti. Sebab aktiviti mereka terlalu rahsia. Kau mungkin maklum, manhaj mereka berasaskan semangat 'hazar' yang dididik oleh gerakan Ikhwanul-Muslimin. Ketaatan mereka kepada amir mereka melebihi ketaatan mereka kepada sesiapa saja.. termasuklah ibubapa mereka sendiri!!"

"Sampai begitu sekali.. matlamat mereka?"
"Sama macam kau, memperjuangkan Islam! Tapi mereka lebih praktikal. Mereka dilatih dengan marhalah-marhalah tarbiyyah mereka sendiri. Dan mereka menyintai syahid. Tidak macam kita rasanya, kita bercakap tentang Islam, tapi kita berehat lebih banyak dari bekerja! Dan kau jangan terkejut kalau mereka sebenarnya mempunyai hubungan dengan rangkaian peringkat nasional malah antarabangsa termasuk gerakan Hamas dan Briged Aqsa di Palestin!"

"Kalaulah.. aku memilihnya menjadi teman hidupku, adakah ketaatannya kepada jemaahnya melebihi ketaatan kepadaku sebagai suami?"
Aku mengutarakan soalan bonus untuk Abdullah.

"Aku pasti, dia akan memenuhi tanggungjawab sebagai isteri dan ibu. Namun kalau kau harap dia akan memecahkan rahsia gerakannya dan menderhakai bai'ahnya kepada jemaah, lebih baik kau bercinta dengan bulan sahaja!"

*****************************************

Aku tidak tahu kenapa aku harus memilih dia. Dia bukanlah yang tercantik di bumi ini. Aku pasti. Tidak juga yang terkaya. Jauh sekali dari yang terbijak di dalam pelajaran. Namun aku yakin, dia yang terbaik untukku. Ciri-ciri muslimah sejati terserlah ketara pada dirinya yang membuatkan diriku terasa tenang sekali apabila memandangnya. Langkahnya yang teratur dan pandangannya yang dijaga adalah benih-benih keimanan yang terserlah dari hati yang dididik dengan ketaqwaan. Tapi persoalan yang dibangkitkan oleh Abdullah membuatkan aku termenung sejenak. Bolehkah aku hidup dengan orang yang berlainan aliran perjuangannya denganku. Bahagiakah aku?

"Ustaz sudah fikirkan masak-masak..?"

"Bukan setakat masak, ana rasa sudahpun rentung. Cuma bagi pihak ustazah, adakah ustazah setuju menerima ana. Maksud ana, dengan segala kekurangan yang ana miliki.?"

"Ustaz orang famous. Siapalah ana. Ana rasa tak
layak sebenarnya..."

Dia merendahkan diri namun dalam intonasi suara yang masih terkawal.

"Ini bukan soal famous atau tidak. Sekurang-kurangnya, sebelum ana ke bumi ambiya' ana sudah mempunyai 'ikatan' di sini. Dan ana memilih ustazah yang ana yakini boleh menjadi ibu kepada anak-anak ana nanti."

Aku berterus-terang. Dari mana datangnya kekuatan untuk berbuat demikianpun aku tidak tahu.

"Ustaz tidak main-mainkan ana?"

"Hanya orang yang tidak ada perasaan sahaja yang sanggup main-mainkan perasaan orang lain."

"Jemputlah ke rumah, jumpa dengan ibu ayah ana..."

Dia terus mematikan talian telefon. Pantas dan cepat. Kak Yang yang aku tugaskan untuk menjadi 'perisik' ku memang sudah memberikan amaran kepadaku, orang ini jarang sekali bergayut di telefon apatah lagi dengan lelaki bukan mahramnya.
********************************
Sudah lima bulan aku di bumi ambiya', suasana pembelajaran di sini jauh lebih mencabar dari yang kuperolehi di bumi Malaysia. Benarlah kata orang, bumi ambiya' ini mengajar kita berdikari.

Hilang seketika soal cinta dari benak fikiranku. Namun kekadang bayangannya tetap mendatangi ruang mata terutama ketika aku merebahkan badan. Namun seperti yang sering kutegaskan padanya.. "Mungkin cinta ana pada enti sudah cukup besar, namun cinta ana pada ilmu dan juga kepada Allah jauh lebih besar..."dan dia akan terus menyambung, "Mungkin ketaatan ana pada akh cukup dituntut, namun ketaatan ana pada perjuangan dan jemaah lebih-lebih lagi dituntut..."

Dan biasanya aku akan 'cemburu' dengan kata-katanya. Namun akan terus kubisikkan kepada diriku, bukankah dia taat kepada perjuangan dan kenapa aku harus cemburu. Dia juga berjuang dan perjuangannya juga kerana Allah. Cuma, apa yang menjadi rahsia ialah langkah-langkah pergerakannya yang sehingga kini masih menjadi misteri bagiku. Hari itu, selepas menadah kitab Al-Umm dengan seorang senior di Rumah Melayu, aku bergegas ke Cyber Café yang menjadi rumah 'kedua' ku. Ku buka laman web Utusan online, satu tajuk berita yang cukup menarik
perhatianku,

"SEORANG WANITA MALAYSIA TERLIBAT DALAM SERANGAN BERANI MATI DI TEL AVIV"

Ku tinggalkan seketika pelayar web tersebut apabila satu lagi pelayar web menunjukkan mesej : "you have 1 unread message" Namun jangkaanku meleset apabila inboxku hanya dihiasi dengan e-mail dari Abdullah dan bukan dari si dia yang kunanti-nantikan.

************************************

"Muhammad, kau apa khabar? Muhammad, aku ada satu khabar penting. Aku harap kau tidak terkejut. 'Dia' yang kau amanahkan padaku untuk 'tengok-tengok' telah diperintahkan bersama-sama kawan-kawannya untuk ke Palestin membantu Gerakan Briged Aqsa melakukan serangan istisyhadiah ke atas Israel. Ini kerana rakyat Malaysia yang memasuki Israel tidak akan disyaki apa-apa kerana dianggap sebagai pelancong. Muhammad, kau lihat tajuk berita hari ini, wanita yang terkorban dalam serangan istisyadiah itu ialah.. tunang kau yang kau perintahkan untukku menjaganya. Maafkan aku Muhammad..!!"

Serta merta ku teringat panggilan telefon darinya beberapa hari yang lepas,

"Akh, kalaupun cinta kita tidak bertaut di dunia, biarlah ia bertaut di syurga. Kerana
cinta kita ialah cinta perjuangan..!"

Seterusnya, aku rebah dari kerusi dan kudapati
alam di sekelilingku gelap gelita! - TAMAT...

Hasil karya: ahmadfadhli
oleh : ahmadfadhli (1 Oktober 2002)





Wednesday, June 09, 2004

ABC

ABC of Islam

A is for Allah
Lord of the Universe, who is One,
He made the earth, stars, and sun
He made angels to worship and pray,
He made man from a dab of clay.

B is for Bilal
Bilal is that tall, brave African man,
Islam freed him and gave him iman
Calling the Muslims to come and pray,
Was his duty each night and day.

C is for Children
Black, white, red, yellow, and brown,
Better than the jewels in a crown
Laughing or crying, short or tall,
Allah loves children, one and all.

D is for Du'a
Remembering Allah all nights and days,
By giving Him our thanks and praise
Thank Allah with "Al-Hamdulillah"
And praise Him with "Subhanallah."

E is for Earth
With its mountains, rivers, and seas,
Animals, birds, fruits, and trees
They all declare Allah's Might,
Following His laws, wills, and light.

F is for Faith
That which the Muslims call Iman,
Is in the heart of the believing man
Will come from his lip and hand,
Love for Allah pouring out like sand.

G is for Gabriel
An angel(called Jibraeel in Islam) created by Allah from light,
His duty is to serve Allah all day and night
To Prophet Muhammad (S) he did appear,
To bring mankind the Holy Qur'an so dear.

H is for Heaven
God's garden of joy, peace, and love,
The home for Muslim's souls above
The path to this heavenly place
Is faith in Allah's guidance and grace.

I is for Islam
A way of life for all of who,
Give to Allah the praise that is due
We worship and pray five times a day,
Because we know it is the best way.

J is for Jesus
Peace be upon him, 'Isa, the son of Maryam,
To his people Allah's word did he carry
By Allah's help he made the sick well,
So people would believe what he had to tell.

K is for Ka'bah
First house of Allah in Makkah was made,
By Ibrahim and Isma'il the stones were laid
Millions of believers from every race,
Come for Hajj tot his extra special place.

L is for Life
A precious gift from Allah to you,
Don't waste it, he knows what you do
Don't chase pleasure or forget Allah,
No matter how little, say "Al-Hamdulillah.

M is for Muhammad
Peace be upon him, Abdullah's son,
From Allah's enemies he did not run
Of all the Prophets he was the last,
Islam his message which we hold fast.

N is for Nuh
Peace be upon him, a Prophet who was very good,
Allah told him to build an ark, fast as he could
Take pairs of animals and the believers-all,
The flood was coming and the waves would be tall!

O is for Obedience
It is the duty of each Muslim to obey,
The Qur'an and the Sunnah all the way
Go for Hajj, give Zakah, fast, and pray,
And to your parents do not say, "Nay!"

P is for Prayer
It is the cornerstone of Muslim life,
And the devil it cuts like a knife
Prayer five times a day is a must,
In Allah you should put your trust.

Q is for Qur'an
A blessing and guide for all of mankind,
In it Allah's message you will find
Of all His messages it is the last,
Perfect for present, future, and past.

R is for Ramadan
For Muslims this blessed month of fasting,
Is to celebrate Allah's love everlasting
All day, no food, nor drink, nor evil deeds,
Pray and read Qur'an, to heaven this leads.

S is for Surah
One hundred and fourteen in the Qur'an,
Read them and trust in Al-Rahman,
Do you know ten of them that you can say?
Knowing them will help you pray.

T is for Tawheed
La ilaaha illallah, Allah is the only one,
There is no partner with Him, nor son
Allah is the answer to all that we need,
Watch your heart and tongue, He knows every deed.

U is for Ummah
The Muslim community which Muhammad (S) found,
The brotherhood of Islam made it sound
Allah's laws in the Qur'an and Sunnah,
Are to help everyone in the Ummah.

V is for Victory
It is the help from Allah to you,
His guidance in everything you do
Work and prayer a Muslim does need,
To celebrate Allah's victory, indeed!

W is for Wudhu'
We must keep our minds and bodies clean,
Because by Allah we are always seen
Whenever you hear the call of athan,
Prepare and come pray as soon as you can.

X is for ......
X is not easy for us to rhyme,
So we'll not waste much of your time
In higher math X is hard to find,
But Allah's path is clear even to the blind.

Y is for Yunus
Peace be upon him, a good man in a wicked town,
He ran to the sea and a whale gobbled him down
By the mercy of Allah he was saved to tell,
His people to become good and obey Allah well.

Z is for Zero-sin
It is the way we each begin,
Free from wordly sin
So, don't let yourself forget,
Keep out of the devil's threat!

Monday, June 07, 2004

kawin-kawin

kenduri along

4 jun- sampai umah along lepas akad nikah..org sumer dah pancit smer masuk tido..tinggal wan je kat dapur. sian tgk wan sorang2 perah santan utk wat pulut, ajak bibik bersile depan wan same2 perah santan. eheh..seronok jugak, sampai kul 3 pagi wat pulut ramai2 (+- borak2 la kan :P)

5 jun- sampaila hari yg along tunggu2. dr pagi smer org dikerah mengemas rumah, memandangkan angah dah jadi 'mak buyut', anak2 terune smer wat kije kat luar make yg paling kene kerah ialah nad ngan hawa sbb anak dare yg plg besar (yg lom kawen)ahhaha. pengantin lelaki kate nak sampai kol 12, tapi kol 130 baru sampai. along ngan abg yus dua2 pakai baju purple diiringi 2 org flower girl yg sangat somel (budak2 kecit yg baru 5 thn, baling bunge pon x reti eheh) yg sangat menceriakan keadaan. sepanjang majlis, smer2 sedare mare along yg pempuan kene bagi bunge telur..ehehe..dr kecik sampai kebeso kijenye kasi bunge telur je le kitorang ni :P. nad ngan hawa diminta jd pengapit tapi both tanak sbb alasan takut ilang seri pengantin..padehal malas nak enterprem hehe, jadi hanan amirah (adik along plg kecik) la yg terpakse mengambil alih tugas tuh. tapi ape2pun alhamdulillah all went well..semoge perkahwinan along ngan abg yus hingge keakhirnye..ceewah hiks..

majlis paksu

5 jun- lepas abis kenduri, kitorang pun betolak le dr kuantan ke temerloh (rumah kosong wan), berjumpe ngan mama punye side pulak. abis sumer org ade kecuali family pakcik (sbb makcik tgh sarat) ngan family mak ngah. asyraf ngan mira pon bawak balaks n awek masing2..eheh sangat daring. tapi xpela..takde adegan2 yg x menyedapkan mate n anyway both iza (awek asyraf) n ajim (balak mira) mmg rajin, kelakar dan bergune :P.
mlm tu mma order naik putih, ikan patin tempoyak, daging rendang, ayam goreng ngan kerabu for dinner. mak aii..delicious nyummy!! abis2 makan bergurau sende kali terakhir (ceeewah) ngan paksu. dah lame2 tu die dah start panic dah tanak cakap pasal akad nikah. ahah..smer org wat kan die wat dienye kije sendrik..smer org pun masuk tidor. esok perjalanan ke jengka 1 jam..akad nikah scheduled pukol 9, so kene betolak 8 plg lewat.

6 jun- smer org bangun awal, smer org awal2 dah sarapan, mandi pakai baju kenduri (theme colour- light brown-yellow).paksu ngan baju melayu putih, ampin ngan songkok kat kepale nampak encem nye..kitorang masing2..'eh ..paksu kitorang ke tu?' hehe..sonok utk paksu yg mmg dah lame tunggu nak kawen. kat masjid jengka paksu selamat nikah..alhamdulillah takyah mandi air bunge..sekali je..lancar lak tu paksu lafaz akad tuh..cayala..that is my paksu!! ehehe..
dah abis kenduri rumah pompuan..kitorang smer bergegas nak balik kl. sian paksu kene tinggal (eheh..sian ke besh?). paksu pon dah jadi raje sehari..alhamdulillah ..dah tamat zaman bujang die..:)

kol 3 ptg sampai temerloh.masing2 siap2 utk balik..kol 5 betolak n disebabkan jam n stop lame sket kat kedai makan ajimnye abg sedare, sampai umah dlm kol 10.30 mlm.

alah..sonok dewang

to paksu: tahniah sbb dah mengakhiri zaman bujang paksu..klu dulu paksu bole cite banyak mende kat nadiah..bole selalu kuaw tgk wayang same2..skang tak lagi..hiks..sedey lak..tapi tappe..maksu tuh baik dan comel..better than yg dulu2 sumer tuh!! u made the best choice :D. jage maksu baik2..bia dapat 8 (cam yg paksu nak) cahaye mate yg pangai cam kitorang yg ceria dan comel nih..eehehe..nnti bile nadia dah bukak nursery..jgn lupe anta kat situ tau..leh kitorang (ehems) aja die jadi comel :D...semoge u n maksu will stay happy forever..amin :)

Thursday, June 03, 2004

:)

Asslamualaikum,
dah lame x update..cume artikel2 je yg memenuhi ruang blog ni lately..esemen menimbun, tak sempat nak tulis ape2.
Alhamdulillah dah ade yg mengkritik,bermaksud dah ade yg membace..ade jugak pengunjung ke blog ni :D.
artikel kat bawah ni nad dapat mase surf tokeikedai.net.my/. banyak gile artikel menarik..jadi cam copy n paste je la yek..hihi..ape2 yg tersiar dalam ni bukan tujuan utk berdakwah..tapi sebenanye nasihat kepada diri sendiri (tapi klu ade org lain yg nak bace..silekanlah :D).. kate nad kan? mestila banyak kekurangan dlm diri nad ye tak? jom same2 kite improve diri disamping mendapat ilmu baru..
mintak maaf in advance yek kalau ade sesape yg terase .. :)

.:: Potensi wanita yang selamat dan menyelamatkan ::.
by ajurina taken from http://tokeikedai.net.my

Potensi yang Tuhan anugerahkan kepada manusia termasuk wanita sungguh
luar biasa. Potensi lahir berupa kemajuan, harta benda, teknologi
sudah semakin tinggi sehingga terciptalah bangunan-bangunan pencakar
langit, jalan-jalan raya bertaraf super highway, alat-alat
perhubungan yang canggih serta berbagai kemudahan hidup. Negara maju
dan membangun dengan sangat cantik.

Tapi mengapa hari ini semua golongan sudah hidup di dalam ketakutan,
di mana pun sudah tidak ada keselamatan dan keamanan, terjadi
perampokan, penculikan dan pencurian setiap hari, perzinaan,
pertengkaram, pembunuhan, sudah menjadi budaya manusia. Manusia
menjadi khianat, curang, penipu dan pembohong, Hingga susah hendak
percaya pada seseorang.

Ertinya sudah terbukti sebanyak apapun kemampuan lahir yang ada pada
kita tidak akan membawa keselamatan. Tamadun kebendaan sungguh
mengagumkan, tapi tamadun insaniah, sangat rendah bahkan telah punah.
Fakta ini membuktikan pada kita bahwa sebanyak apapun potennsi lahir
yang kita miliki tidak dapat menyelamatkan kita. Di dunia belum tentu
menyelamatkan apalagi di akhirat.

Sementara itu selain potensi lahiriah, maka pada diri wanita ada
potensi batiniah, yaitu berupa kekuatan akal, roh dan nafsu.

1. Potensi kekuatan akal

Kemampuan akal kaum wanita yang ada sekarang ini tidak kalah dengan
yang dimiliki oleh kaum lelaki. Kaum wanita sudah banyak yang
berpendidikan tinggi dan sama-sama menyumbangkan ide untuk membuat
kemajuan. Kemajuan ilmu di berbagai-bagai bidangnya sangat menonjol.
Ilmuwan sungguh ramai, cerdik pandai tidak terhitung jumlahnya

Namun di masa yang sama, akhlak wanita telah runtuh separas bumi.
Semakin pandai, semakin bimbang dan hilang keyakinan. Sifat malunya
musnah, benteng kewanitaannya sudah runtuh. Lahirlah budaya bebas,
budaya zina dan budaya santai. Jadi walaupun akal tajam, sama dengan
harta benda, sejenius apapun belum tentu akan menyelamatkan. Bahkan
sebagiannya ketajaman akal digunakan untuk merusak.

2. Potensi Kekuatan Nafsu

Dorongan nafsu ada yang positif dan negatif. Dorongan nafsu yang
positif dan menyelamatkan bila nafsu seseorang sudah sampai pada
taraf mutmainnah (tenang). Nafsu ada 7 peringkat, dari peringkat yang
terendah, yaitu nafsu Ammarah, lawwamah, mulhamah, mutmainnah,
radhiah, mardhiah dan kamilah. (Penjelasan lebih lanjut tentang
peringkat-peringkat nafsu dapat dilihat pada buku Mengenal Diri
Melalui Rasa Hati).

Kekuatan nafsu yang ada pada wanita, bila tidak dikawal akan makin
menjerumuskan seorang wanita ke dalam kehinaan. Nafsu sangat mengajak
seorang manusia pada kejahatan. Dengan kekuatan nafsu, keinginan
kepada keduniaan, kecantikan, harta, pakaian, barang-barang perhiasan
akan semakin kuat. Segala kelebihan yang Tuhan anugerahkan pada
seorang wanita, seperti kecantikan, keindahan tubuh akan digunakan
untuk memuaskan keinginan nafsu. Karena itulah semakin banyak wanita
yang tidak selamat dan jatuh pada kehinaan.

3. Potensi Kekuatan roh

Kekuatan roh/jiwa wanita tergantung dari peringkat iman yang ia
miliki. Menurut kategorinya, iman ada 5 peringkat : iman taqlid, iman
ilmu, iman ayan, iman hak dan iman Hakikat (lihat pada buku Iman dan
Persoalan). Dilihat dari peringkat iman, maka kekuatan roh dapat
disebut selamat bila sudah mencapai iman ayan, yaitu iman yang dapat
merasakan bukan sekedar menyebut tentang Tuhan. Bila dikaitkan dengan
peringkat nafsu, maka orang yang beriman ayan ini telah sampai para
peringkat nafsu mutmainnah. Inilah kelebihan positif yang selamat
yang mesti kita usahakan. Pengembangan potensi lahir dan akal sudah
cukup maju. Pengembangan potensi roh perlu mendapat perhatian, bahkan
inilah yang mesti diutamakan.

Kekuatan yang sekarang ini sudah banyak dilupakan yaitu kekuatan roh
(hati). Potensi (kekuatan) inilah yang selamat dan menyelamatkan.
Dengan kelebihan roh yang ada pada seorang wanita maka kelebihan
lahir dan kelebihan akal akan mendapatkan panduan karena roh adalah
raja dalam kerajaan diri. Bila roh baik maka akan baiklah keseluruhan
diri seorang wanita.

Karena itu untuk seorang wanita bekal untuk membina roh sangat
penting. Roh wanita dihidupkan dengan rasa bertuhan, untuk merasakan
kebesaran Tuhan. Tuhan dijadikan sebagai cinta agung, sehingga tuhan
dijadikan kawan sejati dan idola. Dengan adanya rasa bertuhan akan
lahir rasa kehambaan. Wanita dengan kekuatan perasaan yang ada diajak
untuk merasakan betapa besar dan agungnya Tuhan. Begitu banyak kasih
saying dan rahmat Tuhan yang telah diberikan kepada kita.

Menghidupkan roh, diawali dengan menghayati sembahyang. Roh diisi
dengan iman dan keyakinan, hingga mencapai iman ayan. Selain
sembahyang yang disukai oleh roh, ialah zikir, wirid dan membaca Al
Quran. Amalan itu akan menghidupkan roh. Berfikir tentang kebesaran
Tuhan juga akan membangun roh.

Karena itu bila dikatakan memperjuangkan nasib kaum wanita maka arti
sebenarnya adalah memperjuangkan untuk membina kekuatan roh kaum
wanita, karena Allah tidak akan merubah nasib satu kaum jika kaum itu
tidak merubah apa yang ada dalam dirinya, yaitu rohnya. Bila roh
seorang wanita telah subur dengan rasa bertuhan dan rasa kehambaan
maka itulah yang akan menyelamatkan kaum wanita. Setinggi apapun
kemajuan yang dicapai, harga diri seorang wanita akan tetap terjaga.
Akhlak mulia akan senantiasa menjadi pakaian diri.
Menghormati azan

Lidah kelu di Saat kematian. Kematian pasti menjelma.Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui.cuba kita amati....mengapa kebanyakan orang yang nazak hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa, lidahnya kelu,keras dan hanya mimik mukanya menahan kesakitan sakaratul maut.

Diriwayatkan sebuah hadis yang bermaksud :

"Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan,
jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya"
Ini jelas menunjukkan kita disarankan agar mendiamkan diri,jangan berkata apa-apapun semasa azan berkumandang.

Sebagai orang Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya.Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri..mengapa azan kita tidak boleh mendiamkan diri....!!! Lantas sesiapa
yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak.

Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba....maka kita tidak dapat mengucapkan kalimah lailahaillallah...yang mana sesiapa yg dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya
dicabut...Allah menjanjikan syurga untuknya.

Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan...dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu walaupun nyawa sedang dicabut.
"Ya Allah, anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia,lancarkan lidah kami mengucap kalimah Laillahaillallah.... semasa
sakaratul maut menghampiri kami...amin..amin..amin Yarobbal a'lamien.."

WASIAT NABI JUNJUNGAN KPD SAIDINA ALI r.a

Wahai Ali,
Bagi orang mukmin ada 3 tanda-tandanya;
Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia.
Tidak terpesona dengan pujuk rayu wanita.
Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia.

Wahai Ali,
Bagi orang alim itu ada 3 tanda-tandanya;
Jujur dalam berkata-kata.
Menjauhi segala yang haram.
Merendahkan diri.

Wahai Ali,
Bagi orang yang takwa itu ada 3 tanda-tandanya;
Takut berlaku dusta dan keji.
Menjauhi kejahatan.
Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.

Wahai Ali,
Bagi orang yang jujur itu ada 3 tanda-tandanya;
Merahsiakan ibadahnya.
Merahsiakan sedekahnya.
Merahsiakan ujian yang menimpanya.

Wahai Ali,
Bagi ahli ibadah itu ada 3 tanda-tandanya;
Mengawasi dirinya.
Menghisab dirinya.
Memperbanyakkan ibadah kepada ALLAH s.w.t.
Purest Of Pain

Love is like an antique vase...it's hard to find but easy to break....

There was once this guy who is very much in love with his girl.This romantic guy folded 1,000 pieces of paper cranes as a gift to his girl.

Although, at the time he was just a small fry in his company, his future does'nt seemed too bright, they were very happy together.Until one day, his girl told him she was going to Paris and will never come back.She also told him that she cannot visualize any future for the both of them, so let's go their own ways there and then.....Heartbroken, the guy agreed.But when he regain his confidence , he worked hard day and night, slogging his body and mind just to make something out of himself.Finally with all these hard work and the help of his friends, this guy had set up his own company.....You never fail until you stop trying.

One rainy day,while this guy was driving, he saw an eldery couple sharing an umbrella in the rain walking to some destination.Even with umbrella,they were still drenched.It did'nt take him so long to realize those his girl's parents.With a heart in getting back at them, he drive slowly beside the couple, wanting them to spot him in his luxury sedan.He wanted them to know that he was'nt the same anymore, he had own company, car, condo, etc....

He made it ! Before the guy can realize, the couple was walking toward a cemetery, and he got out of his car and followed.....................and he saw his girl , a photograph of her smiling sweetly as ever at him from her tombstone...and he saw his papercranes beside her....Find time to realize that thre is one person who mean so much to you.For you might wake up one morning losing that person who you thought meant nothing to you.Her parents saw him.He ask them why had this happened.They explained, she did not leave to Paris at all. She was ill with cancer.She had believed that he will make it someday, but she did not want to be his obstacle.Therefore she had choose to leave him.Just because someone does'nt love you the way you want them to, does'nt mean they don't love you with all they have.She had wanted her parents to put his papercranes beside her, because...., if one day comes when fate brings him to her again...he can take some of those back with him.

Once you have loved,you will always love.For what's in your mind may escape but what's in your heart will remain forever.The guy just wept....The worst way to miss someone is to sitting beside them knowing you can't have them.