Erfaan's First Birthday ticker

Lilypie First Birthday tickers

Adam's Second Birthday ticker

Lilypie Second Birthday tickers

Thursday, June 03, 2004

Menghormati azan

Lidah kelu di Saat kematian. Kematian pasti menjelma.Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui.cuba kita amati....mengapa kebanyakan orang yang nazak hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa, lidahnya kelu,keras dan hanya mimik mukanya menahan kesakitan sakaratul maut.

Diriwayatkan sebuah hadis yang bermaksud :

"Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan,
jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya"
Ini jelas menunjukkan kita disarankan agar mendiamkan diri,jangan berkata apa-apapun semasa azan berkumandang.

Sebagai orang Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya.Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri..mengapa azan kita tidak boleh mendiamkan diri....!!! Lantas sesiapa
yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak.

Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba....maka kita tidak dapat mengucapkan kalimah lailahaillallah...yang mana sesiapa yg dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya
dicabut...Allah menjanjikan syurga untuknya.

Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan...dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu walaupun nyawa sedang dicabut.
"Ya Allah, anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia,lancarkan lidah kami mengucap kalimah Laillahaillallah.... semasa
sakaratul maut menghampiri kami...amin..amin..amin Yarobbal a'lamien.."

WASIAT NABI JUNJUNGAN KPD SAIDINA ALI r.a

Wahai Ali,
Bagi orang mukmin ada 3 tanda-tandanya;
Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia.
Tidak terpesona dengan pujuk rayu wanita.
Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia.

Wahai Ali,
Bagi orang alim itu ada 3 tanda-tandanya;
Jujur dalam berkata-kata.
Menjauhi segala yang haram.
Merendahkan diri.

Wahai Ali,
Bagi orang yang takwa itu ada 3 tanda-tandanya;
Takut berlaku dusta dan keji.
Menjauhi kejahatan.
Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.

Wahai Ali,
Bagi orang yang jujur itu ada 3 tanda-tandanya;
Merahsiakan ibadahnya.
Merahsiakan sedekahnya.
Merahsiakan ujian yang menimpanya.

Wahai Ali,
Bagi ahli ibadah itu ada 3 tanda-tandanya;
Mengawasi dirinya.
Menghisab dirinya.
Memperbanyakkan ibadah kepada ALLAH s.w.t.

No comments: