Hmm..elok je aku taip 2 baris ayat kat atas tetibe aku terpk
1. buat solat 2 rakaat
2. baca quran
3. dzikir fatimah
Bagus jugak berblogging nih.
Meh la dah alang2 tu aku cerita sket psl dzikir fatimah ni..
Info ni aku dpt dr forum harmoni.
Dzikir Fatimah :
Kisahnya ini bermula apabila beliau (Fatimah ra) merasa sedikit tertekanan daripada kesempitan hidupnya sekeluarga (tidak mewah). Sebagaimana umum mengetahui, kehidupan saidina Ali sekeluarga adalah sederhana sepanjang hayat. Beliau tidak dikurniakan harta yang bertimbun-timbun seperti sahabat-sahabat Nabi yang lain. Kadang-kadang saidatina Fatimah tidak mendapati apa-apa bekalan harian tambahan untuk menyediakan juadah mereka yangagak mewah.
Suatu hari, saidatina Fatimah merasakan apa salahnya sekiranya beliau pergi bertemu ayahandanya (Rasulullah SAW) bagi memohon sedikit bantuan. Tentu ayahandanya tidak keberatan untuk menolong (mendoakan kekayaan untuknya) sebagaimana suatu ketika Nabi Musa as pernah mendoakan Qarun. Akhirnya Qarun telah menjadi orang yang paling kaya dicatatkan dalam sejarah kehidupan seorang manusia di atas muka dunia ini. “Apa salahnya jika Rasulullah mendoakan agar Allah memurahkan sedikit lagi rezeki mereka sekeluarga” Fikir Fatimah ra.
Apabila berjumpa Rasulullah SAW, Aisyah terus sahaja memberitahu hajat dan niat di hatinya itu. Lantas Rasulullah memberitahu (maksudnya) “Hendakkah engkau wahai anakandaku, sekiranya aku beritahumu suatu perkara yang terlebih berat, berharga dan bermakna daripada dunia ini dan segala isi kandungannya?”. Kerana kekayaan Qarun itupun tidaklah sehebat mana kalau nak dibadingkan dengan bumi dengan segala isinya “Tentu sekali” jawab Fatimah ra. “Engkau bertasbih (ucapan Subhanallah) 33 kali pada waktu pagi dan 33 kali pada waktu petang, bertahmid (ucapan alHamdulillah) 33 kali pada waktu pagi dan 33 kali pada waktu petang, dan bertakbir (ucapan Allahu akbar) 33 kali pada waktu pagi dan 33 kali pada waktu petang” [rujuk sahih bukhari].
hmm jomlah..