Erfaan's First Birthday ticker

Lilypie First Birthday tickers

Adam's Second Birthday ticker

Lilypie Second Birthday tickers

Thursday, October 18, 2007

T e n d e r

Sebelum lunch dah tender resignation.
Last day x sure lagi bile.

Lunch td Anin ajak gi umah die makan laksa..huh..bukan sahaje laksa, sme pun aku tibai! sangat muke x malu.

Tapi xde gambo le..

Tadi jugak kasut yg aku baru beli haritu cedera x pasal2.
Aku tgh borak ngan afni sambil berdiri..tetibe rase mcm samting wrong jek ngan kasut tuh..pandang bawah rupenye heels die dah longgar. Bleh ke camtu??

Abis..nak watpe? gam xde..make aku pun selotep la heels tu ngan kasut..cantik gak, fesen baru :P boleh la sementara tunggu aku rajin nak beli gam, ataupun bagi je kat tukang kasut tlg repair.

Sebbaik esok bleh pakai selipar..alah, esok kije..

nak letak lagu ni, sebab best..cite die pun best. tapi aku lom abis tgk huhu sedih

1 litre of Tears



lagi satu



Tengkiyu Encik Yeh~

Wednesday, October 17, 2007

R a y a!!

Slamat Hari Raya

Baru mlm td sampai rumah setelah seronok beraya. Cadangnye hari ni nak gi Masjid Presin8 utk amik tandatangan Imam kat situ..lps lunch terus nak ke Jawi.

Mmg dah siap2 pakai tudung mekap2 sume sambil menunggu ayahanda pulang dr membeli suratkhabar, tetibe ayahanda btau kate imam tu balik Kedah sampai Jumaat. Cis, membazir sudah cuti aku. Hangin sekejap..try2 tido xleh lelap mate..last2 duduk dpn pc laa jawabnyee.

Eve Raya kitorang dah siap2 berkampung kat Rumah wan kat Damansara. Konon2 dekat2 pkl 12 nak merayap ke Jalan Tar meninjau lelong-lelongan kat sane..dengar cite lelong gile kan..
Last2 hujan..dah pkl 1 tu malas nak tggu hujan reda kitorang pun pakat nak tido lah..masing2 dah siap tukar baju, dah siap baring, dah siap selimut..tinggal nak tutup mate je.

Tetibe Mak Long ajak gi jugak sebab Hanan (cousin aku) takdak tudung raya.
eh panjang pulak cite..

takpela..raya setahun skali.. haha


Ha ni sebahagian dr gambar raya ..yg lain2 ade dlm kamera adik aku.

Ni aku dan hawa yg gedik..die nak kawen bulan 5 thn depan, kemungkinan besar aku x dapat dtg melainkan aku berjaya buat bisnes nasi lemak secare besar2an kat mesir nuun..huu..soriii

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Ni pulak sebahagian drpd cousin2 aku..
Alin, aku, ayong & haikal, hawa & meimei, aina, aiman dan aidil
ade lagi..tapi x sempat masuk gambar..

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Ni kat umah wan gak. Memule nak tangap pic ngan hawa je, pastu dtg la anisah, hanan dan abgde yg sewel..tengok gambar pun tau dewang sewel kan? haha jgn marah..

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Yg ni cousin2 kecik aku yg kat belah tok kat Alor Setar.
Tghri lps beraya kat umah wan, kitorang terus gerak gi alor setar..siapa yg penah sampai alor setar tu..kampung aku kat simpang kuala. haha saje je btau.

Mlm tu gak gi umah abg long ngan umah mak ngah..makan banyak gile, mentang2 raya.
Esoknye tu dlm kul 12 tghri yeh & family sampai umah tok.
Teruk gak aku kene sakat..tapi ok la, family aku suke yeh ngan family die..beeest :D
Cumenye, kitorang lupe nak tangkap gamba..

Lepas kawen je la ek? hee..
Kad jemputan dah siap, tapi aku akan cume start edarkan lepas dah dpt surat kebenaran dr Jawi harap maklum ;p.

Slamat Hari Raya.
Gambar bawah ni: Farah Munirah, Balqis Qistina, Fatin Nabila & Farah Maisarah

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Tahun depan raya katne ek?
wa tatau woo..

Thursday, October 11, 2007

a i d i l f i t r i

Khas untuk Semua

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Teristimewa

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


Salam Aidilfitri ;)

Tuesday, October 09, 2007

r a b u

Hari ni aku

1. buke puasa kat Kagumas
2. bincang dgn yeh psl mesir
3. gembire sebab aku bejaye khatam quran
4. terbaca blog seorang jr di MMU dulu. Sayu, insaf jugak. Aku pk, apsal aku tak pandai menulis mcm tu? Tapi aku bangga dengan penulisan die.
Die tatau pun aku tulis psl blog die ni..tapi aku nak ucapkan tahniah kat die dan beberapa org sahabat die yang lain. Sebab, berjaye menghiburkan dan dlm masa yg mase buat aku berpk. Tahniah la ye Encik Fa.

5. Aku btau supervisor aku psl planning ke Mesir. Alhamdulillah die ok. an die kate ' after u get back here pls call me ok?? if got vacancy i want u back' hehe :D

6. aku kene bambu ngan asst mngr aku. Aku x kisah sebab mmg salah aku hehe.
7. gayut ngan shy
8. aku rase rindu utk tinggalkan sme ni walaupun utk sementara.

9. aku doa supaya smenye dipermudahkan, dan supaye kite sme dpt kekuatan..sedikit pun sudah memadai.

hehe pastu aku tatau dah nak tulis ape..nak tido pulak.
oh tambahan

10. kad jemputan aku dah siapp

Monday, October 08, 2007

m a k a n

Makin dah nak abis puasa, makin enjadi pulak selera makan aku..heh..cemane nak turun jadi 40kg tah? :P

Baru ni beli kerepek kat sorang member ni. Abis aku borong, alih2 sampai kene bayar 60 inggit :P.
Tapi ok la, kire puas ati pasal kerepek die sedap.
Lagipun member aku ni committed ngan business die, so xde ape nak komplen sgt psl servis. Siap ade penghantaran ke Putrajaya lagik..I like!


(some words hurt others unintentionally -deleted by myself..i'm sorry,coz i thought i've long lost the title as 'your friend', but would understand the fact that i was mimicked as 'your best friend'. Its ok when wut u guys did really damn hurt me so..but i dont like it if i have to treat u guys the same..sorry ms ___ especially)


hmm..dah dah la tu membebel naddd oii

ha jadual cuti raya plak

aku cuti start 12/10, 18/10 kije balik.
12/10 gi Damansara, pastu plan nak gi Jalan TAR dengan partners in crime (anak2 dara dan juge mak2 dara yg tingin nak belanje last menet raya).
13/10 akan beraya kat Damansara, pahtu betolak balik Kedah.
Kat Kedah ni aku tatau nak balik sg petani dulu, alor star dulu or perlis..
mane2 la..janji raya

Slamat Hari Raya
Berhati2 di Jalan Raya

Sunday, October 07, 2007

M e e K a r i b y D.u.m.m.i.e.s

Ha jom blaja wat mee kari yg aku baru blaja tadi dr mak aku hehe

bahan2:

A (Sambal)
Cili Kering
Bawang merah
Bawang putih sket je
air asam
garam secukup rasa

B (KuahKari)
Serbuk Kari Baba's
Serbuk Cili Baba's - utk sedap
Serbuk Cili Allagapa's- utk merah
Bawang Merah
Bawang putih
Halia
santan
air
cili idup
asam keping
air asam
udang
kerang (yg dah direbus)
fish ball, tahu dll
daun kari

Care2 memasak:

Sambal
1. goreng cili kering tanpa minyak.
2. blend cili tersebut bersame2 dgn bawang.
3. tumis bawang, masukkan cili yg dah di blend.
4. gunakan api yg slow, masukkan air asam dan garam.
5. pastu tunggulah sampai masak.

Kuah
1. tumis serai, bawang dan halia sampai lembut.
2. gaulkan serbuk kari dengan sket bawang.
3. masukkan serbuk cili (allagapa's dan baba's)
4. masukkan serbuk kari
5. gaul2 sme tu sampai rata, tabur la banyak2 daun kari
6. tutup periuk dan biar dlm 5 minit
7. tunggu dah naik minyak, masukkan santan
8. masukkan air
9. masuk air asam, asam keping dan garam
10. tggu mendidih
11. masukkan udang
12. tggu mendidih lagi, masukkan kerang
13. tunggu mendidih lg masukkan fish ball, tauhu dan cili idup.

Pastu dah masak lah :P

Utk mee korang masuk je dalam air mendidih..abis cite.

Utk bahan2 sampingan:
1. celur sawi
2. celur taugeh

wuuuu sedap tau :P
sebenanye resipi ni utk aku kat mesir nanti, malas nak salin atas kertas hehe :P

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Thursday, October 04, 2007

f r i e n d s w h o a r e m o r e t h a n f r i e n d s

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Tim::Mun::Me_penyek::Shy (KTM Shah Alam)

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Kami :P (Sheraton Dinner Buffet)

Ni la bestfriends aku - I couldnt ask for more..I wouldnt.. :D
Tim, sile la balik cepat hokee!!
----------------------------------------------------------------------------
Congrats kat Aini ngan Imin, 15 Ramadhan haritu dpt baby girl yg bernama Nur Naurah Jannah.

Congrats kat Hajar (ex-Maersk) ngan Fa (Kak Fa Smkaks) sebab bakal jadi ibu..
Berkat Ramadhan ni hehe Alhamdulillah... :D
~**~