Erfaan's First Birthday ticker

Lilypie First Birthday tickers

Adam's Second Birthday ticker

Lilypie Second Birthday tickers

Friday, July 29, 2011

harimau vs singa

aku x tengok..sbb sebok layan anak-anak dan buat kek utk potluck kat opis harini..
tapi dari status fb kawan2, aku buat kesimpulan :

1. Rakyat Mesia sebenanye patriotik haha
2. Defence agak lemah
3. Singapura banyak berpura-pura ahaha

betul ke? betul kot..
Ape2 tahniah la kepada penyokong!

Thursday, July 28, 2011

Gambaran kasar peristiwa malam itu. Al-Fatihah.

My Nuffnang stats shows that a lot came to look for 'Hawa Liyana Hashim' and 'Shah Reedza".
Maybe to know what happen kot?

Ok, please read..this is written by Hanan Amirah, her younger sister:



Gambaran kasar peristiwa malam itu. Al-Fatihah.



by Hanan Amirul on Monday, June 20, 2011 at 1:20am

12/06/2011...


Hari itu hari Ahad. Aku baru tiba di rumah wan di Bukit Damansara lebih kurang jam 10.30 malam itu. Sampai di rumah, keluarga Andak dan Along masih disitu. Kami berbual-bual seketika. Along mahu meminjam kereta Ayah untuk ke tempat kerja keesokan harinya kerana keretanya masih di bengkel. Andak sekeluarga beransur pulang ke Subang Jaya terlebih dahulu. Tidak lama selepas itu, Along juga mahu menyusul pulang ke Shah Alam. Tiba-tiba, aku mendapat panggilan dari Kak Teh. Jam menunjukkan pukul 11.03 malam ketika itu. Cemas suaranya.



"Assalamualaikum. Hanan ! Mak ada kat mana?"


"Mak ada kat rumah Wan ni haa baru sampai."


"Cepat-cepat ! Tolong ! Abang Shah tak sedar ni Kak Teh tak tahu nak buat apa"


"Kat mana?"


"Dekat Restoran Sri Ayutthiya ni ! Cepat-cepat !"



Aku yang kebingungan dan agak terkejut segera memaklumkan khabar tersebut kepada Mak dan Ayah. Waktu itu aku masih bingung dimana letaknya restoran tersebut. Aku segera mencapai selendang, beg tangan dan telefon bimbit dan bergegas mengikut Ayah dan Abg Yus (suami Along). Hajat hati mahu menggunakan khidmat GPS, tapi sebaik sahaja aku masuk kedalam kereta, aku terus teringat.



"Abang Yus, patah balik. Kita ikut jalan Kasah. Restoran tu dekat Setiapuspa, dekat Victoria Station."



Dalam hati aku berdoa agar tiada apa-apa yang serius berlaku. Aku hanya ingin segera tiba. Masih bingung, tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku. Perjalanan 2 minit itu hanya penuh dengan doa dan harapan.



Setibanya di tempat kejadian, aku menjadi agak panik melihtakan ramai orang mengerumuni kereta Honda City Kak Teh yang berada ditengah-tengah tempat meletak kenderaan yang kosong, betul-betul menghadap Restoran Sri Ayutthiya.



"Astaghfirullahalazim...Excident kah?"



Aku pantas membuka pintu kereta sebelum sempat Abang Yus memberhentikan kereta sepenuhnya. Kemudian aku berlari mendapatkan Kak Teh. Alhamdulillah Kak Teh ok. Anaknya Qisya didakap erat. Setelah memastikan keadaan mereka ok, aku berlari pula melihat keadaan Abang Shah yang masih ditempat pemandu, tidak sedarkan diri dalam kereta. Pucat lesi wajahnya. Tetapi tiada sebarang tanda cedera atau luka dimana-mana.



"Dah ada sesiapa tolong telefon ambulans tak?" soalku sambil memandang mereka-mereka yang berada di sekeliling.



"Dah telefon, ambulans dalam perjalanan." Jawab salah seorang individu di situ. Aku hanya mengangguk dengan ucapan terima kasih. Dalam hati aku berharap agar ambulans segera sampai.



"Boleh tak kalau kita keluarkan dulu dia?" soalku lagi.



Aku fikirkan bahaya membiarkan abang iparku itu di dalam kereta dalam keadaan begitu. Tapi permintaanku itu dihalang, mereka bimbang sekiranya Abang Shah mempunyai kecederaan lain.Semuanya takut dipertanggungjawabkan sekiranya berlaku apa-apa.



Tidak lama kemudian, abangku pula tiba bersama rakan-rakannya. Aku menyatakan hasratku untuk mengeluarkan Abang Shah dari kereta. Abang De mulanya bersetuju. Melihatkan leher Abang Shah yang agak membengkak, Abang De membuat sedikit balutan dengan menggunakan bantal untuk menyokong leher Abang Shah. Tapi sekali lagi kami dihalang dengan alasan bimbang kecederaan dalaman. Aku hanya redha.



Ambulans yang ditunggu-tunggu masih belum tiba. Ahli keluarga terdekat sudah tiba ditempat kejadian, begitu juga rakan-rakan Kak Teh yang ada berhampiran. Kami meminta bantuan sekiranya sesiapa mengetahui jika terdapat doktor yang tinggal berdekatan. Aku bingung. Hanya mampu membisikkan kata-kata semangat buat Kak Teh, juga mak Abang Shah yang juga berada dalam kereta waktu kejadian. Waktu itu, aku dapat tahu nadi Abang Shah sudahpun tiada. Lantas aku hanya diam dan berdoa mengharapkan keajaiban berlaku. Dalam hati aku menyumpah-nyumpah ambulans yang terlalu lewat.



Dan, sememangnya ambulans tiba apabila sudah terlewat. Mereka mengesahkan bahawa Abang Shah sudah tiada. Aku tidak tahu mahu berkata apa lagi. Terdiam. Mendengar tangisan Kak Teh disamping rakan-rakannya dan ahli keluarga yang lain. Perlahan-lahan aku menghampiri Kak Teh, memegang kepalanya, membaca al-fatihah dan ayat kursi.



"Macam-macam mana pun, ingat, awak kena kuat untuk Qisya."



Begitulah pantasnya Abang Shah, abang ipar kesayanganku pergi. Tanpa sebarang sakit, tanpa sebarang tanda, tanpa sebarang pesan. Al-Fatihah.



Menurut apa yang diceritakan Kak Teh, malam itu, Abang Shah mahu menghantarnya ke tempat kursus di INTAN Bukit Kiara. Qisya Sofea malam itu agak meragam, mahu duduk di hadapan bersama Abahnya, dan tidak mahu memakai tali pinggang keselamatan walaupun duduk di atas kerusi keselamatan kanak-kanak. Lalu Kak Teh dan ibu mertuanya duduk dibelakang. Sebelum tiba, mereka mahu singgah di rumah wan terlebih dahulu. Ibu mertua Kak Teh tertidur dalam perjalanan. Mereka memang agak kurang berbual di dalam kereta jika ada mak Abang Shah bersama. Sebaik sahaja kenderaan menyusur keluar dari Kerinchi Link memasuki lebuhraya Sprint, Abang Shah kelihatan gelisah dan matanya merah.



"Abang ok tak ni?" Kak Teh bertanya, namun Abang Shah hanya diam. Dalam fikiran Kakteh, tidak mengapalah. Lokasi sudah terlalu hampir dengan rumah wan. Hajatnya mahu membuatkan air panas buat Abang Shah nanti. Namun, berhampiran simpang Jalan Setiapuspa, Abang Shah tiba-tiba sesak nafas. KakTeh yang terkejut cuba menenangkan suaminya, tapi Abang Shah tiba-tiba kekejangan dan tangannya terlepas dari stereng kereta.



Kak Teh pantas berdiri dan mencapai stereng untuk mengawal kenderaan namun serentak itu juga kaki Abang Shah seolah-olah menekan minyak dan kereta meluncur laju. Kak Teh hanya mampu memusingkan stereng kereta ke kiri untuk mengelakkan kereta terbabas kebahagian tengah jalan. Kemudian Kak teh tidak pasti apa yang berlaku, hanya dirasakan kereta bergegar dengan sangat kuat sehingga Qisya terjatuh ke bawah sebelum akhirnya kereta terhenti di hadapan Restoran Sri Ayutthiya tersebut. Orang yang berada disekeliling segera membantu. Tapi, tiada siapa yang dapat membantu Abang Shah.



Kak Teh (Hawa Liyana Hashim) kehilangan suami tercinta dalam peristiwa malam itu. Abang Shah (Mohd Shah Reedza Mohd Din) pergi dalam usia 28 tahun 9 bulan, meninggalkan seorang puteri sebagai pembekal semangat buat isteri.





-ini hanyalah coretan kasar berkenaan peristiwa itu yang ingin aku kongsikan. Banyak perincian yang aku tinggalkan. Sebak dan pedih dihati ini bila mengenang peristiwa malam itu. Sungguh, Peristiwa itu masih segar dalam ingatan. Wajah arwah masih jelas terbayang. Saat hidupnya. Saat perginya. Saat sebelum arwah dimasukkan ke dalam peti sejuk bilik mayat malam itu untuk persediaan post-mortem.


Syukur Alhamdulillah, wajah arwah sangat berseri. Dengan senyumannya, dengan tenangnya. Bagaimana wajahnya ketika hidupnya, begitulah wajahnya selah selesai di bedah siasat, di mandikan, dikafankan...


Menurut Ayah, Ayah sempat melihat percikan peluh jernih yang terpancar di dahi arwah malam itu. Semoga rahmat Allah jatuh ke atas rohnya. Semoga diampuni segala dosanya, diterima segala amalannya, dilapangkan kuburnya, dijadikan liang lahadnya sebagai salah satu liang syurga, ditempatkan rohnya bersama para solihin, dipermudahkan ia meniti titian sirat, dan ditempatkan di taman syurga yang paling tinggi di sana nanti. Dengan iringan Al-Fatihah dan Yaasin.

Juga, semoga Allah meminjamkan kekuatanNya buat Kak Teh. Jadilah Kak Teh seorang wanita yang tabah, dipermudahkan urusannya, diampuni dosanya, dimurahkan rezekinya, diteguhkan iman dan semangatnya. Juga, buat anak saudaraku Qisya Sofea binti Mohd Shah Reedza, semoga dia mewarisi sifat2 mulia arwah Abahnya. Jadilah dia anak yang solehah, penuh kesabaran dan kebaikan, bijak, membesar dengan baik dan mulia. Semoga dia dapat menjaga dan berbakti pada ibunya kelak, juga menjaga arwah Abahnya dalam doa. Doaku lagi, semoga Allah meneguhkan iman kami sekelu

To stay or not to stay..To do or not to do..

Its a love-hate r'ship with my current job..lov it coz bos is professional n time is flexible..hate it coz got to always drive around and get my claims lambat plus always have to stay back and work sat n sun huhu..so shd I find a new job?

Or.. shd I start doing part time?
PB is way expensive, nak beli satu pun tarak duit...abis kalau xde pengalaman pakai cemana nak jual?

Score A is good..I see my bro using it and I know its good..but 2k++..pun tak ada..buat loan? x berani sbb...ade la..huhu

Life oh Life..

Friday, July 22, 2011

work is work, put emotional issues aside

'work is work, put emotional issues aside' ....

that's what my current boss said once..and I would like to hold on to it as long as I live.

There's a guy at my new workplace, one day start telling me off that some papers I put on the table are confidential. So I asked him to turn it upside down..I was in the mid of doing something super urgent and was super stressed. He then started to nag loudly (not shout) about how some things are confidential yada yada yada..again and again and again saying 'ok kalau tanak dengar nasihat takpe, tak kisaah' over n over n over..

Who wouldnt be annoyed?
But other ppl would have ignored this guy..

I did a bad thing..I yelled 'Sorry I'm stressed, it's not that I dont want to listen its just that I'm in the middle of sumthin super urgent!'

Whoever yells are the 'wrong' ones kan..huhu
So after all the hoohas I went to him n said sorry. He was ok.

But untill now, he refuses to talk to me. If I talk to him, he will reply but avoiding eye contact. He himself, will never initiate a conversation.

Whats up?? I wanna ask..

But have to remind myself what bos said...'work is work, put emotional issues aside'

hmm..easier said than done..but I can do it :)

Tuesday, July 19, 2011

Sawang dah mcm rumah hantu kot?

haha lama gila x update..
bukan xnak, tapi opis tetibe block blogspot..pehtu tetibe dia unblock balik..apetah

So meh aku update random-random:

1. Abg nak gi Cina mlm ni..sampai 27/7 baru balik
2. Erfaan patut cucuk 5 bulan 15/7 haritu, tapi buku dia ilang..camno???
3. Adam tetibe dah xleh berenggang ngan pacifier..dulu kecik2 takmo, cume kalau Qisya dtg rumah mesti dia tarik pacifier Qisya dan masuk dlm mulut dia (ye, mmg x senonoh :p)..tapi sejak adik dia guna pacifier, dia pun nak..lebih2 lak tuh
4. Baru aku tahu, kalau bibik korang lari..imigresen akan denda korang RM250..pandai kannn?? walaupun bibik korang tu lari tinggal baby umo 4bulan sorang2 kat rumah..korang tetap kena bayar denda tersebut..(ni bleh influence pengundian tak? haha)
5. Kije kat tempat baru ni susah dan guna banyak duit..tapi...dia buat aku rasa seperti adult :)
6. Aku jual jemtat RM25 satu balang (48-50pieces)..bukan aku yg buat, aku tlg jual aje..so sape nak leh order kat aku ek

ha skang ni nak kena sambung kije..nanti2 aku update balik ye

p/s sori kat kwn2 yg tinggal msg kat shoutbox..opis ni xleh bukak shoutbox ..bluekk!