Erfaan's First Birthday ticker

Lilypie First Birthday tickers

Adam's Second Birthday ticker

Lilypie Second Birthday tickers

Sunday, December 16, 2007

Just Married

Bangun pagi2 lepas subuh, dah terpaksa terus bersiap.
Mandi, pakai baju kemeja berbutang depan, dan skirt labuh.

Mak andam tiba lambat sikit.
Make up secare professional menggunakan Bobby Brown.
Seksa bagi pengantin dan mak andam, bile solekan tiba dibahagian mata.
Pengantin tak pandai bukak mata lama2, mak andam tertinggal glue bulu mata dirumah dan kening pengantin tebal + bersepah.

1030 dah dengar paluan kompang, bermaksud pengantin lelaki dah sampai.
Alhamdulillah, dah selamat sampai.
Tunggu sekejap, pengantin perempuan dipersilakan turun ke bawah diiringi pengapit ambil diperhati semua di pihak perempuan, pihak lelaki dan juga rakan2 tersayang.

Ustaz Zakaria aka Tok Kadi : Pengantin perempuan setuju?
Pengantin perempuan : setuju (sengih)
Ustaz Zakaria : (sengih) saya tau, kamu pun dah tunggu lama, saya ikut presdure je..mestila setuju kan
Orang ramai ketawa, termasuk pengantin.

Semasa akad nikah, pengantin lelaki tenang.
Wali yang risau.
Ye lah, ayah mmg selalu akan risau utk lepaskan anak perempuan.

Sambil mendengar prosedure yg diterangkan tok kadi, pengantin perempuan sejuk-sejuk di tangan dan kaki.
Obvious kepada Photographer dan pengapit, tangan pengantin perempuan yg memegang hand bouquet geletar sikit-sikit.
Tapi alhamdulillah, segalanya lancar.
Pengantin lelaki lega, lafaz akad hanya sekali.

hehe
to be continued...ngantuk

pengantin perempuan : penulis
pengantin lelaki : muhamad elyas harun
orang ramai : family, termasuk kawan baik ( hawa, shy dan tim)
pengapit : munira azman (kawan baik)

perasaan : tak terkata, alhamdulillah dan terima kasih kepada semua.

i luv u olls

No comments: