Demonstrasi Aman:
Nasi Tomato
Beras (7 cup)
Ghee (4 sudu beso)
Bunga Lawang (4)
Bunga cengkih (4)
Kayu manis (2 berukuran 4 cm :P)
Bahan blend:
Bawang merah (20)
Bawang putih (6)
Buah Keras (5)
Halia (5cm)
Susu sejat (1 tin)
Tomato Sos (2 cawan)
Garam
Air
1. Basuh beras bersih2
2. Panaskan ghee, masukkan bunga lawang, bunga cengkih ngan kulit kayu manis.
3. Tumis bahan2 blend.
4. Agak2 dah wangi tu, masukkan air sket.
5. Masukkan beras, tomato sos ngan susu sejat (evaporated milk).
6. Gaul sampai sekata, masukkan garam.
7. Air.
8. Kalau nak best, agak2 sebelum nasi tu masak betul, gaul bawang goreng dalam nasi. Nanti wangi.
Acar timun
Timun (2)
Carrot (1)
garam (1 sudu)
Bawang merah (8)
Bawang putih (4)
Buah keras (3)
cili merah (1)
serbuk kunyit (1/2 sudu kecik)
cuka (3/4 cawan)
gula (3.5 sudu beso)
biji sawi (1 sudu kecik)
Bawang besar (1) - dadu
1 cawan udang kering.
1. Potong timun ngan carrot. Nak bagi cantik potongla panjang agak2 2.5 cm.
2. Tabur garam, tunggu 2 jam.
3. Lepas 2 jam, letak timun n carrot tu atas towel kering.
4. Blend bawang merah, bawang putih, cili and buah keras.
5. Tumis biji sawi.
6. Masukkan bahan2 yg dah blend tu tadi.
7. Tumbuk udang kering.
8. Masukkan pulak udang kering tu.
9. Tabur kunyit sket.
10. Masukkan cuka dan gula
11. Gaul sume tu sampai pekat.
12. Finale.. masukkan timun, carrot dan bawang besar. Gaul hingga sekata.
Ayam Tomato
Ayam (1 ekor)
Bawang merah (5)
Bawang putih (5)
Halia
Cili kering (30)
Santan (1)
Tomato sos
gula
garam
bawang besar (hiris bulat)
kacang peas
Tomato (sliced)
1. Goreng ayam (garam+kunyit) sampai crispy, ketepikan.
2. Blend cili kering.
3. Tumbuk bawang putih and bawang merah.
4. Hiris halia.
5. Tumis bahan 2,3 & 4.
6. Dah menggelegak, masukkan santan, tomato sos, gula dan garam. Gaul dan gaul.
7. Masuk ayam.
8. Masuk bawang besar,kacang peas n tomato.
9. Bleh hidang, bleh makan.
Sekian demonstrasi kita pada hari ini.
No comments:
Post a Comment