Erfaan's First Birthday ticker

Lilypie First Birthday tickers

Adam's Second Birthday ticker

Lilypie Second Birthday tickers

Sunday, March 30, 2008

Nak pelangi tak?

'Kadangkala Allah hilangkan mentari, dan Dia datangkan guruh..kita menangis, mencari..mana mentari pergi? Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi yg indah'

msg yg aku dpt dr Fina sumwhere last year, sblm aku kawen.

Mekaseh..aku dah dpt pelangi tu..alhamdulillah, syukur :)

Aku doa bg sume kwn2 aku pun dpt jugak pelangi yg cantik cm aku dpt.

Cume kdg2..manusia ni x pernah nak cukup dgn ape yg die ade kan?

Tp bagus jugak ade sifat camtu..semoga kite sumer menjadi org2 yg gigih berusaha utk yg lebih baik.

Wahai aku..please be a better someone tomorrow.
Insyaallah..

Jom tidoq! :D

Friday, March 28, 2008

Untuk Aku :D

Ciri Isteri Solehah

Dalam sebuah hadis yang Rasulullah S.A.W bersabda:

"Mahukah kamu aku beritahu dari hal sebaik-baik barang yang perlu disimpan oleh seorang lelaki?" Iaitu isteri yang solehah. Jika suami melihat kepadanya dia akan gembira , jika suaminya menyuruh sesuatu dia akan taati dan jika suami tiada di rumah dia akan menjaga harta suaminya dan memelihara kehormatan dirinya." (HR:Ibnu Majah)

Daripada Imam Ahmad dan Imam Muslim, daripada Umar r.a., Rasulullah S.A.W bersabda :


"Bermula dunia ini ialah kesukaan dan keseronokan dan sebaik-baik kesukaan itu ialah perempuan yang solehah."

Isteri yang solehah itu selalu memerhatikan akan tanggungjawabnya sebagai isteri, ia hanya berbuat sesuai dengan ketentuan Allah. Di antara ciri-ciri isteri solehah itu ialah bertanggungjawab terhadap kerja-kerjanya.

Pada dasarnya kewajipan isteri solehah itu ialah:

1. Patuh dan taat kepada suami yang soleh

Rumahtangga bahagia sebenarnya terletak pada isteri yang solehah. Ia taat kepada perintah Allah dan Rasul serta setia kepada suami yang soleh.


"Wanita yang solehah ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri (tidak berlaku curang serta memelihara rahsia dan harta suaminya) di belakang suaminya, oleh kerana Allah telah memelihara mereka..." (Surah An-Nisa':34)

Isteri yang solehah itu di samping patuh kepada perintah Allah dan Rasulullah S.A.W, ia patuh terhadap suaminya dan menyimpan segala rahsia baik di luar rumah mahupun di dalam rumah. Ia selalu tersenyum dan menunjukkan muka manis terhadap suaminya. Tabiatnya yang baik itu menambah kasih sayang suaminya terhadapnya. Ia tidak pernah membantah kata-kata suaminya yag baik, semuanya dikerjakan dengan patuh kerana Allah.

Isteri yang baik apabila berkata dengan suaminya dengan suara yang lemah lembut dan penuh kesopanan . Begitu pula tidak boleh memerintah kepada suami, kecuali diucapkan dengan suatu yang baik sebagai suatu pertolongan. Walau bagaimanapun, ketaatan isteri terhadap suami tidak dalam semua perkara. Sekiranya perintah suami boleh membawa dosa, maka isteri dibenarkan membantah.

Rasululllah S.A.W bersabda,

"Jika diizinkan seorang manusia sujud kepada manusia,tentu aku akan suruh wanita-wanita sujud kepada suaminya lantaran begitu besar Allah jadikan hak lelaki keatas wanita"

2. Menguruskan rumahtangga

Seorang isteri Muslimah disuruh oleh Allah agar sentiasa berada dirumah dan tidak boleh pergi kemana-mana sesuka hati tanpa izin suami.
Duduk di rumah bukan bererti hanya berdiam diri sahaja tetapi mengerjakan tugas sebagai isteri. Hikmah daripada perintah Allah tersebut iaitu, supaya para isteri dapat menjaga dan mendidik anak secara lebih sempurna ketika suami mencari rezeki.
Disamping itu isteri dapat melakukan pekerjaan rumah seperti menghias rumah dan sebagainya.Walaupun ianya nampak remeh, tetapi ianya amat bermanfaat untuk menjamin keharmonian keluarga.

3. Berhias untuk suami

Menghias diri merupakan kegemaran wanita. Namun kadangkala wanita yang tidak faham akan kewajipannya,ia berhias diri ketika akan keluar rumah. Tetapi ketika di rumah ia dalam keadaan tidak bersih, kadangkala rambutnya pun tidak terurus. Padahal di dalam Islam menganjurkan supaya isteri berhias hanya untuk suami.
Tujuan isteri berhias ketika di rumah ialah supaya suami terhibur. Jika suami pulang dari tempat kerja dalam keadaan letih dengan melihat isteri dalam keadaan berseri-seri serta pakaian yang bersih, maka ia menjadi penawar kepada suami. Sehingga keletihan dalam mencari rezeki tadi menjadi hilang, dan bertambahlah kasih sayangnya terhadap isteri.
Sabda Rasulullah SAW:

"Dari Jabir ra. Ia berkata: Kami pernah pergi bersama-sama Rasulullah di dalam satu peperangan. Ketika kami sampai ke Madinah, kami ingin masuk ke rumah masing-masing. Maka Rasulullah SAW pun bersabda: Bersabarlah, iaitu masuklah pada waktu malam iaitu selepas Isyak, supaya isteri dapat bersikat rambutnya yang kusut dan supaya ia dapat berhias kerana telah lama telah ditinggalkan suaminya." (HR:Muttafaqun Alaihi)

Berhias bukan sahaja bagi menyambut kepulangan suami dari tempat kerja tetapi juga ketika suami ada di rumah. Wanita Islam hanya boleh berhias untuk dirinya sendiri dan untuk suaminya. Berhias mestilah dilakukan secara besederhana, kerana tujuan berhias agar ia kelihatan bersih dan senang dilihat oleh suami.

4. Melayani suami

Hubungan seks merupakan penawar kebahagiaan rumahtangga. Ia dipandang sebagai punca keharmonian rumahtangga. Oleh sebab itu isteri hendaklah memberikan layanan yang baik kepada suami dan tidak boleh menolak kemahuan suaminya .
Seorang isteri akan dikutuk oleh malaikat apabila ia menolak kemahuan suaminya sehinggalah suaminya reda kepadanya. Mungkin dalam keadaan tertentu isteri boleh menolak kemahuan suaminya seperti dalam keadaan sakit, atau dalam keadaan yang dilarang oleh syara' untuk melakukan persetubuhan seperti dalam keadaan haid dan sebagainya.

5. Berpakaian menurut ajaran Islam

Isteri yang menutup auratnya merupakan isteri yang solehah, ramai wanita pada zaman sekarang ini yang berpakaian tetapi telanjang kerana ia menutup bahagian tertentu sahaja, kalau menutup semua pun tetapi bentuk badannya tetap nampak jelas.

Allah SWT berfirman, ertinya:

"Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah sebagai perhiasan. Dan pakaian taqwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian daripada tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat." (Surah Al-A'raar:26)

Jilbab merupakan satu fesyen pakaian wanta Islam yang menutup tubuh atau sebahagian besar badan wanita di sebelah atas, kecuali muka dan tapak tangan. Jilbab tidak menampakkan tubuh badan. Allah memerintahkan supaya berpakaian demikian supaya dapat membezakan antara wanita beriman dan tidak beriman, ia juga supaya terhindar dari golongan munafik.
Firman Allah yang bermaksud:

"Hai Nabi, katakanlah kepada isteri- isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka mengulurkan Jilbab mereka ke seluruh tubuh mereka."Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Penganmpun lagi Maha Penyayang." (Surah Al-Ahzab:59)

6. Memberi motivasi terhadap cita-cita suami
Isteri yang solehah adalah isteri yang mahu menjadi teman berunding bagi suami dan menjadi sahabat dalam menyelesaikan pelbagai masalah. Itulah hubungan suami isteri itu diertikan orang sebagai "teman hidup". Jika suami menghadapi masalah untuk mencapai cita-citanya dan cita-cita keluarga maka bermotivasilah kepadanya dan hiburkanlah hatinya. Isteri teladan disamping ia memberi dorongan dan bermotivasi kepada suami ia juga merupakan sumber ilham bagi suami. Ini membuatkan hati suami tenteram apabila bersama isteri dan segala masalah dihadapinya bersama-sama.

Di antara ciri-ciri isteri solehah yang lain ialah:

Mentaati Allah SWT dan mengerjakan segala perintah suami selagi tidak melanggar perintah Allah.
Tidak mengkhianati dan berlaku curang terhadapnya ketika ketiadaan suami.
Bersyukur di atas apa yang disediakan oleh suami.
Sentiasa menghormati keluarga suami .
Tidak berpuasa sunat tanpa kebenaran suami.
Tidak keluar rumah kecuali dengan izin suami.
Sentiasa menyerahkan diri kepadanya apabila ia memerlukannya.
Memakai wangi-wangian di hadapan suami.
Menjaga mulut daripada bau-bauan yang tidak menyenangkan.
Berdiam diri ketika suami sedang berkata-kata, baru berbicara setelah suami selesai berbicara.
Berdiri tegak sebagai tanda hormat semasa ia datang dan pergi.
Bersikap malu terhadap suami.
boleh tak aku jd isteri solehah ni? heh

pc kat cc ni mengong


jamilah - husna - kak junaidah - nadiah ghazali

huda - aku

ni depan rumah kitorang..yg bangunan depan tu Universiti Al-Azhar cawangan Tanta

Aku sebenanye tensen ngan kibod cc ni..malas nak update.

Oh encik internet..kami merinduimu..ting tong!!



Streets of Sabarbay

Sabarbay, Tanta. A place where me and hubby lives. Tapi ape aku nak tulis xde kene mengena dgn tajuk pun. Heh.

Semalam exco plajar2 perlis mesir + student perlis yg ade dkt tanta ni wat perjumpaan kat rumah kami..kire cm mesyuaratlah kan. Ramai gak yg dtg..sme skali dlm 25 org. 2 hari sblm tu Aisam kate xyah sediakan makanan, lgpun mesyuarat kul 3..kire lepas lunch. Ok la, so aku pun cume buat dessert caramel n assist abg buat die punye signature 'custard pisang'. Byk gak la kitorang buat..sume skali gune dlm 12 kilo susu hahah ..byk tu tau!

And malam sebelum hari perjumpaan tu Abd Rahman pulak call kate nak dtg rumah dlm pkl 11 pg. Ha maksudnye masak2 last menet utk mesyuarat mmg x dpt la kan.

Abd Rahman ni student Indonesia, kawan abg since dewang study kat sg petani.

So pg esok tu masak mihun goreng je untuk Abd Rahman ngan 4 org lg kawan2.
Rupe2nye die ni ade bukak restoran kat mansurah. Jual makanan thailand cm tomyam sme2 tu. Kate tukang masak org Thai hehe. Die kate laris gile..lgpun student malas masak. (mansurah ramai student pempuan :p) hehe so anyway, bile aku hidang caramel die seronok sampai kate nak jual caramel kat restoran. Abg pulak bg resepi isk isk.. klu x dpt ruang buat duit sket hehe :p pastu pulak die cerita..student azhar ni byk keistimewaan sebenanye. Salah satu..byr deliver punye fees kat hospital mesir 200genih saje( less than rm200). Klu bukan student..ade la dlm 10k..wife abd rahman bersalin kat mesir tahun lepas. Elok gile servis sme die kate..heh die kate la..heh

Pastu elok je kawan2 yeh balik, exco plajar perlis pompuan pun sampai rumah kitorang. Diorang sme bertolak dr alex. So aku assume dah makan la kot. Tp aku tanye je la dah makan ke belum kan..kate tuan rumah hikhik..skali dewang kate blom! Masing2 tgh lapa plak..aiseh kesianye.. Kat rumah ade sikit lg mihun n nasi goreng. Aku hidang skali dgn dessert, abg terus beli ta'miah n kibdah. Adeh kalut, nak masak kompem x sempat..lg 15 minit nak mesyuarat kan..huih kalut gak aku ngan abg haritu..heh..

Tp last2 sme ok, sme happy alhmdlh. Cume lenkali nak suh dewang dtg lg n nak masak sedap2. Yey!

Hmm skang ni risau psl sorang besfren aku ni. Terkilan gak aku jauh x dpt nak jd pendengar, peneman atau ape2 yg patut. Masalah soal hati ni komplikated..lg komplikated klu yg lelaki x reti nak memilih aka tamak, dan yg perempuan pun xde byk choice.

Aku doa bg sme ni setel cepat untuk die. Aku pun sedih bile die sedih.

And shy pulak br je kematian kabu. Kabu ni kucing kesayangan shy. Sian die..it's very hard losing sumting or someone u love. Xpe shy..bak kate pa'ah..semoga ditemui ape yg dicari..eh..ade kene mengena ke?

P/s gamba aku aplod lenkali. Ni update pakai hp.

Wednesday, March 19, 2008

At random

1.Lame x update. Payah la nak update pakai hp, letih jari jemari aku.
2.Baba kate dlm minggu ni internet bleh pakai dah..bleh caye ke?
3. Aku x dpt wat lg segale tag yg dah ditag kat aku..aku xde buku best lg la kat rumah.
4. Tengah cari prosedure utk translate buku omputih ke bahasa melayu..ade prosedure ke?
5. Ramai org tanye aku wat ape kat mesir. Aku jwb, wat bodo haha. Ternganga sume org. Ye la..tgh pk la ni huhu
6. Abang kate kene start wat plan utk at least 5 tahun. Aku jarang la buat plan..cemane tah ni. Hmm ni pun tgh pk lg.
7. Byk la kene pk. Dah kawen mmg camtu.
8. Nasib baik dpt hasben baik. Semoga selamat dunia akhirat.
9. Cita2 jangka masa pendek: berani berbual dlm bhs arab dgn maccik2 di pasar. Stakat 'bikam?' bleh la aku. Lps ni nak blaja mintak kurang 'khamsah gnih? Thalathah gnih mumkin?'
10. Kene urus bab bisnes cepat2.
11. Aku hepi.

Friday, March 14, 2008

No purpose, just happy

I felt happy today. I truly do.

Its the 2nd time i've been given the chance to hold another cute arab baby girl. She cant speak yet, but was smiling and laughing so hard while i held her in my arms. So cute, but so heavy hehe.

Her parents was nice. They owned Aulad Darwish, a place where we often go to eat kibdah and kusyri. Plus, they knew abg's name 'elyas' by heart. Whenever we met, they nvr forgets to at least calls out 'elyas!'.
Well..yeah, they're one of those arabs we'll miss. And i pray for that little girl i carried to have a bright future.


I dont know why, but these words by Ernest Hemmingway kept on playing in my mind.

For sale: Baby shoes, never worn.

This is his shortest short story ever, done only with 6 words.

I came up with sumthing like this earlier today, but its best if i keep it for myself.

- in the bedroom, watching muay thai chaiya while enjoying the banana custard n jelly we made. Nyum-

Tuesday, March 11, 2008

Kisah roti canai, karipap dan kumquat


2 hari lepas gi Alex. Bangun pagi je terus ajak abang siap2 pergi Carrefour sebab nak beli sesuatu yg amat diperlukan oleh wanita. Niat di hati nak cari yg paaling super absorbent dan paling best mcm yg ade kat Mesia (sofy 38cm) hehe. Tapi ..sedih sebab takde.

Last2 beli je barang dapur.
Pic atas ni kat depan carrefour kat Alex. Now dah masuk spring. So bunge2 cantik byk la naik!! I like..


Posing la ape lagi.. :D

Kumquat. Org Arab panggil 'Kimakwat'. Sedap buah ni..mcm buah oren tapi bentuk die kecik mcm buah anggur. Cara nak makan..makan je dengan kulit skali sebab kulit die manis. Tapi kalau nak kupas kulit jugak..kupas la..

Kitorang jumpe buah ni jual kat carrefour. 6 inggit sekilo. Memule x heran sgt..tapi tengok sorang maccik arab ni mcm seronok sgt pilih2. Sambil pilih2, sambil masuk dlm mulut. Abang sgt curious nak rasa buah kecik ni..2-3 kali pandang. Last2 aku suh gak amik..bleh jugak try mende yg xde kat mesia kan? :P Sebbaik sedap ..tak rugi..hehe

Gamba atas ni pulok..gamba karipap kitorang yg sedap tapi kelim tak cantik. Bak kate kak lang
'Karipap yg kelim die tak cantik selalunye sedap!! itu yg penting!!' haahahaha tengkiyu kak lang atas ayat2 inspirasi tersebut :P.
Wish list skang ialah acuan nak buat karipap tu..xyah susah2 nak kelim..huhu bleh ke mak aku anta??

Roti canai?? sah2 la x jadi kan eheh..cik poon silelah kembalikan ingatanmu itu huhu






Saturday, March 08, 2008

Hongga Bongga



Aku yg ceria dpt berjalan2

Sesak di Ramsis



Yeh & Nad di Mohandiseen


Baru je dudukkat cc ni, dah dapat witness perangai arab yg teruk.
Ceritenye?


Pc sebelah aku ni tadi ade sorang mamat melayu/indon/thai duduk..pastu die bgn jap sembang ape tah dgn tokei cc. Secare tibe2 ade sorang arab berbadan besar datang dan dgn selambe duduk kat tempat mamat tadi, dan terus online. Of course la tokei cc ngan mamat tadi tu marah kan..tapi si arab tetap xmoh bangun. Haih..cam budak tadika.


Last2 tokei cc tu malas nak layan,terus bagi mamat tadi tu duduk pc lain. Dan aku nampak mamat arab ni dok tensen sbb pc yg die pakai tu x jalan. Hahahaha padan muke. Last2 mamat arab tu pun keluar cc dgn muke yg tensen. hahaha padan muke.


Nak tau lagi perangai arab yg teruk?

Bile org malaysia berjalan kan..dewang akan ikut kite, dan tiru cara kita jalan. Lepastu, dewang akan buat2 cakap bahasa kite. Lepas tu lagi dewang akan gelakkan kite dan kate hongga boongga beratus2 kali.


Adeh..kalau budak2 kecik takpe..bleh jugak la buat2 rasa terhibur. Tapi ni..budak yg dah masuk 20++ pun ade gak camtu..mmg nak kene baling batu.


Ikut kate budak2 yg dah lame dok sini, arab ni pandang org kite ni mcm down syndrom, sbb kite punye muke lain..pastu idung penyek2. Dewang kate, kalau jmpe budak2 kecik laki2, luku je kepale..sebab kalau tak, bile besar nnti dewang jadi jahat. ahaha aku x la sekijam itu..


sekian bebelan tentang perangai arab yg kadang2 kurang akhlak ni.



------------------------------------------------------------------------

Oh..mlm tadi kitorang buat percubaan uli roti canai. Ikut resipi kene biar overnight, tapi pagi tadi bile nak mule mencanai..doh tu dah jadi kembang, cair dan melekat. Jenuh tensen cik abg aku tengok ..hehe.

Pastu elok je mama (mom-inlaw) online, yeh terus mintak tunjuk ajar. Mama kate, kene peram dlm minyak. Time nak canai pun kene pakai minyak. Lagi senang kalau blajar care tengok org buat.

hehe k takpe, stakat ni correction telah dilakukan, dan doh sedang diperam dlm minyak sementara kitorang lepak kat cc.
harap2, balik ni dah bleh canai :P

Mesia boleh!!

Anyone with tips utk wat roti canai??

---------------------------------------------------------------


hehe..and 2 hari lepas pergi embassy teman yeh settlekan hal2 berkaitan zakat. Okla..bleh tahan la servis die, cumenye kene pergi lagi skali dlm waktu terdekat ni. Takpe je.


Embassy ada kat Mohandiseen. Kitorang bertolak dari Tanta terus turun kat Ramsis. Dari Ramsis nak kene naik bas ke Mohandiseen. Tapi tatau bas yg mane. Buat makluman, bas kat cairo terlampau banyak. Penin gak bace sign kat atas bas. Bas ke Mohandiseen pulak x banyak..jenuh tanye beberapa org arab yg alhamdulillah membantu.


Ade la 2-3 bas kitorang kejar tapi driver bas x perasan. Last resort, naik teksi.

Sebbaik cab fare 10 inggit je heh..ngat mule2 50 inggit. ..takut gak.
Tapi takpe..skang ni dah tau dah.

Ramsis - Mohandiseen bleh naik bas nombor 121 dan 600 for sure. Dan selalunye, bas yg pergi Giza, akan lalu Mohandiseen. Nak kompem, kene rajin tanye driver bas.
Taxi plak 10 inggit. Kalau dewang mintak lebih jgn naik. Cari teksi lain.
Ha, ni la life kat mesir ni. hehe
Pastu plak musim sejuk dah almost ending. Dah start panas. Okla tu kan?
Sediakan teh ais dlm peti ais sentiasa!!
Meh dtg mesir meh!




















Saturday, March 01, 2008

panjang2

Akibat selalu xleh tulih blog, maka kali ni aku akan tulis panjang2. Tingginye cita2 :P
Memule aku nak cerita pasal ikan aku.


Inalillah, sampai harini dah 3 ekor mati...aku rase x cukup oksigen kot..ataupun mereka mogok makan..ataupun mereka depressed..aku ngan yeh dua2 kompius + sedih.



Setakat minggu lepas kami ade 8 ekor ikan.
Along, Angah, Cik, Su, Teh, Tam, Timmy dan Tammi.


Minggu ni je, Along, Angah dan Tammi dah inalillah.
Sume slamat diflushkan dlm toilet..kesian mereka.





Ni antara pic ikan2 aku tu:

ni angah ngan su





Sape2 ade tips nak bela ikan bagila kat aku. Kami sayang ikan kami..Yeh pulak, akibat terlalu trauma diatas kematian ikan2 tersebut..setiap hari lepas bangun pagi die akan kate 'eh..sekor lagi mati!' pastu bile aku marah takut mulutnye terlalu masin, maka die akan buat correction yg berbunyi ' eh..ikan tu nak beranak'


Aku aminkan statement yg kedua, jom la aminkan beramai2. Tapi yg tinggal sume ikan ladies je..cemane nak pregnant kalau xde men? ha..maksudnye kene la beli ikan lagi hehe



Pastu pulak, nak cerita keadaan di mesir. Ni gambar kami kat ladang sayur sebelah rumah. Hehe..agak kampung la tempat ni, tapi best. Syok gak dok 2 org.













Stakat ni dok Mesir alhamdulillah, tapi insyallah nanti nak berbisnes. Terpk nak buat bisnes tudung. Mungkin jual secara online..ebay..ataupun post je ke Malaysia. Kat sini, ladies mesir kalau pakai tudung mesti stail selendang. Kain bawal takkan jumpe punye lah. Kalau jumpe budak2 yg pakai tudung bawal mesti kompem org Mesia hehe.



Selendang kat sini jenis cantik2..macam2 sangat jenis. Nanti satu hari aku tunjuk gamba tudung2 mereka dan cara2 mereka pakai tudung.



Bab jalan2, stakat ni baru pusing tanta..jalan kaherah pastu jalan sket kat alexandria. Kaherah banyak sangat org, banyak sgt kereta..pembangunan takde sgt pon. Alex dekat dgn pantai, cantik. Lagi aman lah dari Kaherah kan. Tanta plak mmg tempat kami..cume nye kat sini..x ramai student perempuan. Yg dah kawen plak jenis tammo kawan dgn org lain..lebih2 lagi yg tak berpakaian seperti mereka :P



Ni pic masa kami nak naik train pegi Alex..gamba kat alex tertinggal plak kat rumah


Di stesen keretapi Tanta



Ni pulak gamba mase kitorang balik kaherah haritu. Macam2 stail makanan aku try kat Kaherah. Antaranye, Nasi kat HadharulMaut, Bapak ta'miah yg dipanggil Habbash Takanat, My Queen, Tamarhind..mcm2 lagi lah..tapi 1 je aku xleh makan..be it in Malaysia, Cairo or anywhere else..is that Halwa (ala.. manisan tu..) Org kat sini bleh sapu atas roti!! Urgh..mintak maaf encik Yeh..saye taaak booleeehh.


Makan kat Hardees'




Ma'arad Kitab - Festival buku terbesar di dunia (aku beli buku sudoku, yeh beli majalah arsenal) heh




Main Bowling 3 round - Aku saje kalah demi kasihankan ego 2 org budak lelaki :P


Tetibe lenguh pulak tangan aku hehe..Tapi ade sket lg nak tulis ni


Tahniah kepada:


1. Shahila (budak maersk) yg dah dapat baby gurl


2. Kinah (ex housemate mase study kat MMU Melaka) dah pregnant 8 bulan lebih rupenye. Semoga selamat nanti ek kinah and azad.


3. Haja (ex maersk) yg bakal deliver bulan 5 ni Insyaallah. Jaga sket sugar level tu ye cik..


Last skali aku nak post gamba yg baru je encik yeh edit. I like!!


p/s cik angah...nnti aku tinggalkan offline msg no tepon aku ek

cik shy dan cik mun..saye harap satu hari nanti anda berdua akan online serentak..dah lame x merepek bersame..