Erfaan's First Birthday ticker

Lilypie First Birthday tickers

Adam's Second Birthday ticker

Lilypie Second Birthday tickers

Saturday, March 08, 2008

Hongga Bongga



Aku yg ceria dpt berjalan2

Sesak di Ramsis



Yeh & Nad di Mohandiseen


Baru je dudukkat cc ni, dah dapat witness perangai arab yg teruk.
Ceritenye?


Pc sebelah aku ni tadi ade sorang mamat melayu/indon/thai duduk..pastu die bgn jap sembang ape tah dgn tokei cc. Secare tibe2 ade sorang arab berbadan besar datang dan dgn selambe duduk kat tempat mamat tadi, dan terus online. Of course la tokei cc ngan mamat tadi tu marah kan..tapi si arab tetap xmoh bangun. Haih..cam budak tadika.


Last2 tokei cc tu malas nak layan,terus bagi mamat tadi tu duduk pc lain. Dan aku nampak mamat arab ni dok tensen sbb pc yg die pakai tu x jalan. Hahahaha padan muke. Last2 mamat arab tu pun keluar cc dgn muke yg tensen. hahaha padan muke.


Nak tau lagi perangai arab yg teruk?

Bile org malaysia berjalan kan..dewang akan ikut kite, dan tiru cara kita jalan. Lepastu, dewang akan buat2 cakap bahasa kite. Lepas tu lagi dewang akan gelakkan kite dan kate hongga boongga beratus2 kali.


Adeh..kalau budak2 kecik takpe..bleh jugak la buat2 rasa terhibur. Tapi ni..budak yg dah masuk 20++ pun ade gak camtu..mmg nak kene baling batu.


Ikut kate budak2 yg dah lame dok sini, arab ni pandang org kite ni mcm down syndrom, sbb kite punye muke lain..pastu idung penyek2. Dewang kate, kalau jmpe budak2 kecik laki2, luku je kepale..sebab kalau tak, bile besar nnti dewang jadi jahat. ahaha aku x la sekijam itu..


sekian bebelan tentang perangai arab yg kadang2 kurang akhlak ni.



------------------------------------------------------------------------

Oh..mlm tadi kitorang buat percubaan uli roti canai. Ikut resipi kene biar overnight, tapi pagi tadi bile nak mule mencanai..doh tu dah jadi kembang, cair dan melekat. Jenuh tensen cik abg aku tengok ..hehe.

Pastu elok je mama (mom-inlaw) online, yeh terus mintak tunjuk ajar. Mama kate, kene peram dlm minyak. Time nak canai pun kene pakai minyak. Lagi senang kalau blajar care tengok org buat.

hehe k takpe, stakat ni correction telah dilakukan, dan doh sedang diperam dlm minyak sementara kitorang lepak kat cc.
harap2, balik ni dah bleh canai :P

Mesia boleh!!

Anyone with tips utk wat roti canai??

---------------------------------------------------------------


hehe..and 2 hari lepas pergi embassy teman yeh settlekan hal2 berkaitan zakat. Okla..bleh tahan la servis die, cumenye kene pergi lagi skali dlm waktu terdekat ni. Takpe je.


Embassy ada kat Mohandiseen. Kitorang bertolak dari Tanta terus turun kat Ramsis. Dari Ramsis nak kene naik bas ke Mohandiseen. Tapi tatau bas yg mane. Buat makluman, bas kat cairo terlampau banyak. Penin gak bace sign kat atas bas. Bas ke Mohandiseen pulak x banyak..jenuh tanye beberapa org arab yg alhamdulillah membantu.


Ade la 2-3 bas kitorang kejar tapi driver bas x perasan. Last resort, naik teksi.

Sebbaik cab fare 10 inggit je heh..ngat mule2 50 inggit. ..takut gak.
Tapi takpe..skang ni dah tau dah.

Ramsis - Mohandiseen bleh naik bas nombor 121 dan 600 for sure. Dan selalunye, bas yg pergi Giza, akan lalu Mohandiseen. Nak kompem, kene rajin tanye driver bas.
Taxi plak 10 inggit. Kalau dewang mintak lebih jgn naik. Cari teksi lain.
Ha, ni la life kat mesir ni. hehe
Pastu plak musim sejuk dah almost ending. Dah start panas. Okla tu kan?
Sediakan teh ais dlm peti ais sentiasa!!
Meh dtg mesir meh!




















No comments: