Erfaan's First Birthday ticker

Lilypie First Birthday tickers

Adam's Second Birthday ticker

Lilypie Second Birthday tickers

Monday, December 28, 2009

Hadiah 2nd Anniversary



Dah lama nak cerita, tapi x sempat jek..

ok, 15/12 harituh 2nd wedding anniversary aku ngan encit yeh. Mmg tahun ni bajet kurang..dgn tadika, dgn pindah rumah, adam ..mcm2 lagila..so decide nak gi dinner je malam tu, xyah la hadiah tahun ni.

So malam tu gi makan kat tepi tasik shah alam..syok jugelah kan :D tapi x dpt bawak adam sbbnye lepas kije aku terus gi tadika uruskan ape yg boleh, yeh pulak dr opis terus jumpe aku kat tadika je..

Aku dah lupe kitorang makan ape haritu sebabnye x tangkap gamba..
anyway dlm kete lepas makan tu aku mule bising la sebab lupe tangkap gamba makanan ..tetibe encit yeh kuarkan satu surprise..

i dapat hadiah..cantiklak tu siap ngan riben hehe..
bukak2 hadiah tu...mmg terus terkesima sebab x penah mimpi ah org nak bg hadiah cenggitu..
mcm nak nangis pun ade (drama queen x aku? haha)

aku dapat........................


Mmg best..rupenye die beli kat Jepun ..tp sorok2 sampai aku pun xtau kewujudan camera tuh hehe

Aku bagi ape???
haha malam tu bmmg aku x prepare hadiah pun..teruk betul bini encit yeh ni..
so esok tu aku terus gi cari hadiah ..teringat dia ade mention nak beli perfume baru..

Tapi itulah..dah kate bajet rendah aku dpt bagi perfume jela kan..sian encit yeh..

hehe.. tapi aku suka la bau dia ni berbanding perfume2 baru yg botol cantik2 tu..
ke sebenanye aku dah pening?? 2 jam wei nak decide beli perfume..semua jenis aku sniff..hahah

hmm harini adam demam, tadika plak xde org nak jaga..
aku nak gi tadika ke nak jaga adam ni?

aku pening..
tapi aku rase aku jaga adam kat rumah kot..klu bwk adam gi tadika mesti dia x cukup tido kan..
hmm

Wednesday, December 23, 2009

Kepentingan & Fadhilat Solat Dhuha

Assalamualaikum,

Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :

“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .”

(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)


Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.”


Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.”

(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)


Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW berkata: “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas”

(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)


Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai se-penggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita’khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik.


Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam. Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu, sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah bermaksud :”Adalah Nabi SAW bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehedakinya.” (Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)


Dalam sebuah hadis yang lain Nabi SAW bersabda bermaksud : ” Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,” (Riwayat At-Thabarani ).




:: Jom kite amalkan Solat Dhuha jom..

Tuesday, December 22, 2009

Adam dah 8 bulan!

Teringin kee? tunggu besar sikit ek :D


Yey Alhamdulillah, Adam dah 8months! (tapi ummi nye belum jugak kurus2 lagi haha)

Tapi 1 masalah, berat dia still 6.15kg..dlm masa 3 bulan ni die sume naik 0.15kg je? hadoih..

Pesan dokte:
  • Bubur die kene taruk minyak mazola
  • Nestum/bubur kene tambah susu
  • susu yang dia minum kene make sure jumlah kalorie/ml is 74 and above
Dokte bagi similac ready-to-feed free je utk Adam try test dulu.
Sampai rumah, try bg Adam minum die terus buat mcm nak muntah haha..x lalu la tu..

so sekarang aku pening..nak bagi die minum susu ape ni kawan2??

Ok, entry kali ni very the panjang pasal aku nak story pasal aku pulak..
Buat pengetahuan korang, bulan 10 harituh tu aku dah start2 try minum ape2 yg bleh buat aku kurus tau. Aku mmg nak try usana tapi ingat mcm nak try mende yg murah2 je dulu kot berkesan kan :P

So satu hari tu aku gi Alamanda kat booth kecik depan watson tu, and staff situ promotekan kopi salina. Die kate die turun 7kilo dlm mase 2 bulan. So aku beli la 1 kotak.

Korang nak tau?? lepas abis 1 kotak tu period aku lambat. And bile die datang sgt banyak and lebih sebulan..menakotkan tau.
Aku gi Azzahrah utk scan dokte kate xde pape alhamdulillah..cume die kate hormonal imbalance and bg makan duphaston utk kuatkan rahim. Sudah..

Tapi abis ubat tu pun aku x abis2 jugak period tuh, aku gi urut..still sama..tanye2 akak kat opis diorang suruh makan balik jamu yg org biasa makan lepas pantang, diorang recommend Nona Rogay.

Terus petang tu aku beli PhytoNatal and Teh Akar Herbaneka.



Mmg mahal. PhytoNatal RM180 ade 180campsuls (satu hari makan 2biji je), Teh Akar RM80 ade 30uncang. Dua-dua skali ni RM260, mahal la tapi tahan 3 bulan, berbaloi I tell u...
Skarang dah 2 minggu lepas makan mende tu Alhamdulillah dah takde dah pendarahan extra.
Badan pun rase ringan and perut yg buncit kat depan tu pun dah rase kurang buncit.
Susu badan? Maintain gak Alhamdulillah..
Tapi kg wise, takde lagi la penurunan.

Tatau la bleh kurus ke tak makan NR ni, tapi aim aku makan bende ni utk bagi sihat je kawasan rahim tu dulu..kalau boleh kurus alhamdulillah..

Usana? Ye cikpid, aku tetap akan menjadi ahli bawah mu..cuma tatau bila!
ko tanak bagi aku free trial ke?? wahahaha..

Sekian.

Sunday, December 20, 2009

Buat aku tersenyum..

Ni cerite betul tau..tah nape tetibe teringat plak cousin aku cerite hehe

Cousin aku tu aku panggey along, anaknye aku panggey mamat.
Mase ni mamat masuk tadika baru..

Cikgu : Ayah kije ape?
Mamat : Otromen!

Cikgu : Oh..mak pulak?
Mamat : Rasakse!

Hahah...tergelak aku sensorang terbayang mamat ni.

Hmm..bile dah banyak duduk dengan kanak2 ni lain pulak life :)

p/s aku nak masuk contest bulan december kat momsbloggerplanet, tapi x sempat la pulak..

Thursday, December 17, 2009

Emel berantai yang cool

Just take 2 mins for this.

The 'L I T T L E' Things

As you might know, the head of a company survived September 11 (US terrorist attack) because his son started kindergarten.

Another fellow was alive because it was his turn to bring donuts.

One woman was late because her alarm clock didn't go off in time.

One was late because of being stuck on the NJ Turnpike because of an auto accident.

One of them missed his bus.

One spilled food on her clothes and had to take time to change.

One's car wouldn't start.One went back to answer the telephone.

One had a child that dawdled and didn't get ready as soon as he should have.

One couldn't get a taxi.

The one that struck me was the man who put on a new pair of shoes that morning, took the various means to get to work but before he got there, he developed a blister on his foot.He stopped at a drugstore to buy a band-aid. That is why he is alive today.

Now when I am stuck in traffic, miss an elevator, turn back to answer a ringing telephone...all the little things that annoy me, I think to myself, this is exactly where Allah wants me to be at this very moment..

Next time your morning seems to be going wrong, the children are slow getting dressed, you can't seem to find the car keys, you hit every traffic light, don't get mad or frustrated; Allah is at work watching over you.

May Allah continue to bless you with all those annoying little things and may you remember their possible purpose.

Pass this on to someone else, if you'd like.
There is NO LUCK attached.

If you delete this, it's okay: Allah's love is not dependent on e-mail!!
(That's the cool part.)

* festaim aku suke email berantai, so aku pastekan kat sini bagi korang bace

Thursday, December 10, 2009

Sneak Peek of the Children Islamic Centre before the FREE Trial!




Thanks to the internet, hubby in Japan managed to email these pics to me!
Alhamdulillah :)

As announced, YES we are offering FREE Trial only for 2days (14th and 15th December) for all children age 2-6yrs..as for 7-12 YES they can come too..for we are also offering KAFA morning and noon session plus Tuition every Saturday starting January 2010!

Seats are plenty but limited, first come first serve..
Come over for registrations or just contact us at:


0133713083/ 0320211973

Thanks!

We are open EVERYDAY including public holidays and Saturdays InsyaAllah.

P/s looks nice rite? but actually not..coz its now closed :) The reason? Maybe its time u find out..


Monday, December 07, 2009

CIC Seksyen 7, Shah Alam is NOW OPEN :D (No sorry..its now closed)

Children Islamic Centre (CIC) Seksyen 7 Shah Alam


Facing playground

A peek of the Inside..colorful chairs and books for some quiet reading time
Us..the 3 preschool, playschool and KAFA teachers

Tim, the Sabahan Partner aka Interviewer :p hehe

Saturday 5th December was our Open Day.
We had a few rounds of briefing and tour,a lil bit of refreshments and a takaful ikhlas session before we called it a day.

The preparations was all done by Shy, Tim and Mun. Alhamdulillah, thank you guys.
The event went well, and we are ready for more!

I can't upload the pictures we took coz they are still in the camera and the camera went off with my husband to Japan :p.

For now, feel free to browse tru our facebook.

Thank you everyone! :)

For registrations and queries, please give us a call at:

013-3713083 or 03-20211973.


p/s the school is now closed, any question pls email me k :)

:::: Abang is on his way to Japan Via KK..sob sob ::::::

Thursday, December 03, 2009

Kumpulan Kreatif dan Inovatif (KIK) ..KMK pun bole


Terima kasih sume..terima kasih kawan2..terima kasih bos!

yey..presentation kmk dah abis tadi!
walaupun sume kene marah dgn juri tapi sumer kuar auditorium dgn perasaan gembire..sebabnye? presentation dah buat haha..

p/s yang penting diorang puji persembahan..kuang kuang kuang

Thursday, November 26, 2009

Pink Lady Contest

OK, harini nak enter contest yang akan memaparkan gambar sendiri..haha selalu masuk contest gambar Adam ye tak? :p

huhu nad poyo..
haha dulik..nak jugak join :D

Contest ni dianjurkan oleh http://ciare.blogspot.com, ni bannernye:

Ha, aku masuk contest ni sebabnye memang aku suke kale pink!
Kale pink yg aku suke ialah kale pink yang lembut sgt..tapi bahaye kale ni sebab org selalu mistake kale ni dengan kale pic.
Aku rase kalau org pempuan pakai kale pink mmg nampak mcm ayu gitu haha..betul, segengster mane pun pempuan tu kalau die pakai pink kompem die akan nampak comel!
Kalau org laki plak tengok jenis pink jugak aa..boleh je pakai pink tapi plis jgn over ok.
Kadang2 aku personally rase kalau org lelaki pakai pink sebenanye nampak lebih macho dan berani sebab bukan sume org lelaki berani pakai kale2 camni kan..tapi tgk jenis laki gak la kan haha.

Hmm...semalam jusco card member sale..geram tengok baju2 baby girl yg kale pink..comellllllllllll!

(uh..adam nak adik girl bole? haha aku merepek..sile abaikan)

oklah..cukup2 la tu membebel, this is my pic:

Me with Adam! Candid by hubby..i like! :p

:D

Sunday, November 22, 2009

Anakku Ceria Give away Contest


Just as said, aku nak join contest anakku ceria nih kan..
Haaa..finally baru sempat nak menempek gambaa..hihi

Seronok main2kan umi die bila nampak botol susu :p

Sebenanye aku tatau sempat ke tak nak kejar due date contest ni..nak wat cemane, streamyx slow..
Judges ..tlg la consider ek? :D

hihi
k tu je lah..nak tido ngan Adam..

nite nite

FYI:: Contest ni dianjurkan oleh http://mystory-noriza.blogspot.com!

Tuesday, November 17, 2009

Contest Reka Tagline Produk ..dan menang..ke? haha



Olympus Pen-EP1, Daddy CLICKS ..Baby LICKS!

Hahahaha tah pape tah..cik eliss sile undi saye menang ye :P

Antara syarat nak masuk contest ni kene taruk badge tajaan contest ..iaitu:




Sekian, thank you cik eliss kerana menjenguk blog saya tempoh hari..dan thank you juge kepada pembaca contest ni ok :p (ahaha ayat bodek kah?)

Tuesday, November 10, 2009

Cutest Baby in Nature

Paksu with Adam
7 months. DOB 14th April 2009, Azzahrah

This is the first contest I've entered tru years of blogging! HUyiiohh haha

Ok, as per my previous post aku ade cakap nak masuk contest kat momsbloggerplanet kan? haa so this is it.
Momsbloggerplanet ni mmg setiap bulan bulan akan buat contest mcm ni..aku selalu follow tapi x pernah masuk contest. Korang yg mommies n bakal2 mommies sila la masuk blog ni selalu2 k.

Hadiah2 dia pun best, courtesy of PhotoBookMalaysia and AliceWonders.

OK, let me start by telling u guys bout this pic.
Pic ni sebenarnya taken a month a go..when our family finally had the time to go and take outdoor raya picture. Noticed Adam wearing his baju melayu lengkap with sampin? haha..susah gile cari baju yg muat utk sikecik ni..

Why go outdoor? Saja for a change..dah boring rasenye tangkap gambar dlm studio.
Plus..we also felt that it is good to take Adam outdoor petang2 camtu.

One thing I noticed is that, he loves flowers, leaves and trees! Kalau bawak keluar tu, sebok nak menyembang dengan pokok2..hehe..moga2 pokok2 tu tumbuh subur la ye sbb selalu dapat perhatian dari Adam :p

And believe it or not..sebenanye bile kite rajin bawak baby ni keluar rumah..kasi chance baby ni tengok all the greens..it actually allows them to move more freely, make noise and also express certain expressions that are often restricted indoors! Hmm..how bout that huh??

Hubby pun selalu bawak Adam pergi taman depan rumah..teach him how to play with swing, gelongsor and jongkang-jongkit. Adam always-always-always seronok kalau dapat main these things..plus he gets to mingle with other li'l kids yg ade kat taman jugak :)
I guess playing outdoor boosts his communication skills too huh?
Well, eventually mesti punye lahh!

So parents..ape tunggu lagi? Marilah kite bawak anak2 kite jalan2 tengok nature okeh! :D

The contest is brought to you by :

MomBloggersPlanet contest page : http://www.mombloggersplanet.com/1899/cutest-baby-photo-contest-november-09/
PhotoBookMalaysia : http://www.photobook.com.my
AliceWonders : http://www.alicewonders.com


Monday, November 09, 2009

suara tebal

Demam

  • harini aku demam. sebbaik dapat mc, tapi dah rest 1 hari pun x lega lagi.
  • dokte kata jgn dekat ngan adam sgt..so 1 hari ni bibik je la byk layan adam..sian tgk die merengek2 minta nenen ummi. sedih sebenanye..
  • suara pun tebal. mun kate sengau+garau=tebal. aku pun rase camtu.
  • oh encik demam..pls go away.

Tadika
  • Alhamdulillah some funds are in..so boleh start renovating tadika.
  • At this point, the tadika must must must open by January 2010. Insyallah.
  • Tak sabar nak start painting. Tak sabar juge nak edar leaflets.
Misc.
  • Ade certain bende yang aku choose not to care..I'm sorry.
-------------------------------------------------------------------------------------

Dear Cecelia Ahern,

Thank u for writing the book titled 'The Gift'.
The impact on me is greater than life.

Thank you.

Yours Sincerely,
Nad

Saturday, November 07, 2009

Lega dah 1 perkara

Adam!

Tadi dah confirm rumah sewa..alhamdulillah dapat rumah baru, owner br dapat kunci last week..teres 2 tingkat, 4rooms 3bath for RM700.

Ade taman permainan, ade surau, ade pakgad jaga 24hrs..neighborhood pun seems ok.
Nak besarkan Adam kat situ? Insyallah dengan tenang :)

Alhamdulillah..

:: dah ok sket nnti pk nak beli rumah flat ke ape2 ke kat ss7 or yg berdekatan utk investment..Insyallah..

Friday, November 06, 2009

Dera Budak

Aku emosi sebab baru lepas tengok video org dera budak..tatau la..rasenye pengasuh budak ni la kot..jahat gile..

Aku dapat ni pun Liza yg fwd kat emel..

Kalau aku dapat la sesape yg buat dera2 gini..mmg aku x lepaskan dah..
dem je..

Cube korang try tengok video ni..

Thursday, November 05, 2009

Berangan..

Aku sangat berangan nak masuk contest!!

1. Contest kat Momsbloggerplanet
2. Contest kat elissmie
3. Contest kat mystory-noriza

sile tolong doa aku jadi rajin ok..aisehhh..

Tuesday, November 03, 2009

Ketika Cinta Bertasbih (aku suke!!)



Bertuturlah cinta
Mengucap satu nama
Seindah goresan sabdamu dalam kitabku
Cinta yang bertasbih
Mengutus hati ini
Kuserahkan hidup dan matiku padamu

Bisikkan doaku
Dalam butiran tasbih
Kupanjatkan pintaku padamu Maha Cinta
Suda di ubun-ubun cinta mengusik resah
Tak bisa kupaksa walau hatiku menjerit

Ketika Cinta bertasbih Nadiku berdenyut merdu
Kembang kempis dadaku merangkai butir cinta
Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud sukur padamu atas segala cinta

Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud syukur pada-Mu atas segala cinta
Ketika cinta bertasbih




Sunday, November 01, 2009

Baby Food- Bubs Organic


Last nite we went Kenny Rogers..memule ingat nak order the normal chicken caesar salad..tapi bile tengok pic jacket potato cheesy chicken yg sangat sedap, gi order yg itu pulak hihi..

Bile dah dapat order rase sangat guilty..so i only took a bite and let my father finish the rest.
By then, Adam dah sangat2 lapar susu..but his bottle tertinggal dalam kereta..and Kenny Rogers sangat tak condusive untuk breastfeed, so aku pun gi Cold Storage.

Memula ingat nak beli biskut2 je..tapi teringat pulak dah 3 brand biskut Adam try sume mengakibatkan rashes..so carila heinz/gerber. Tapi memandangkan aku x bawak sudu (sape yg bawak sudu baby gi jenjalan kan :p)..aku opt for bubs organic. Yang ini bagus, siap dgn sudu..grab n go aje. Adam suke pisang, so aku pun try je la perisa yg ini..mango, banana and pomegranate.


Harga dia mahal!! 1 tub kecik sekali makan tu RM11..tapi sebab Adam dah mengaruk lapar aku beli aje lah sambil berdoa Adam suke dgn mende ni.
Alhamdulillah..no fuss at all! Adam suke..

So kepada parents2 yang nak try bende ni..try la..it's worth it. Lengkap dgn sudu, just grab n go =)

I fell in love

The li'l guy wearing Sweater yg Tok Bi bought..at where? France kot...hihi x ingat..
Us getting busy..plus Adam yang terpakse dibuke bajunye sebab panas..

Yesterday Munafsya Sdn Bhd (me, mun, shy minus tim sbb dia kat sabah) plus Yeh and Adam paid the deposit, and signed the agreement. Got the keys..we offcially call it ours (to rent) yesterday. Based on what we saw (the already renovated tadika in Cheras), mun dah measure and draw the spaces for classrooms, office, pantry, nap room and playground.

Adam pun excited sangat2 tengok the tadika we went to yesterday :D.

Yesterday jugak we went searching for a house to be rented.
Oh my..I fall in love with that house in Setia Alam.

Still calculating if we can afford it...lalalala...

Ade tak sesape nak sewakan rumah kat shah alam ke..setia alam ke..bukit raja ke...klang ke..max RM600? pls pls pretty pls..


aku ngan yeh jatuh cinta dgn yg ni

Friday, October 23, 2009

Starting life..

Starting life is definitely not easy.
Tapi takpe..we'll get tru this together Insyallah.

Both with our li'l darl,his needs + expenses, our new jobs at different locations..at the same time finding a house to rent with a small budget sumwhere in shah alam/klang, while also hoping there'd be no bigger issue than money with the new opening business..
............is kinda overwhelming..

Tambah lagi hari ni dengar cerita diorang dah takde duit nak bayar sps further gaji next year, which means cemane2 pun kitorang ni akan kembali menganggur in January unless other jobs comes along..
Menakotkan eyh?

Memang kadang2 terfikir, y me? y us? y do we have to go tru all this..
tapi bile pandang keliling tengok life org lain yg lg teruk, baru la kite nak bersyukur dgn ape yg kite ade..takpelah, asalkan kite sedar yang hidup kite ni taklah teruk mane ye tak?

Setidak2nye, kitorang dapat adam while some others tried banyak kali tapi x dapat2..and we have a car..and we each still ade kerja, meaning monthly mmg akan dapat gaji..alhamdulillah..

Tapi ape2hal pun..kite mesti ade cita2..
mesti ade impian..

Insyallah berjaya!
hehe :D

:: aku mengarut ape ni::

Sunday, October 11, 2009

Kenapa saya perlu bersyukur?

Us..3months after Adam was born..Alhamdulillah

  • Kerana saya telah dikurniakan akal yang membolehkan saya berfikiran dengan waras.
  • Kerana saya dikurniakan ahli keluarga yang walaupun terkadang mencabar minda, tetapi tetap menyayangi dan saya sayangi.
  • Kerana saya dikurniakan sahabat2 yang terlalu baik yang terlalu saya kasihi dunia akhirat.
  • Kerana telah di didik secara Islamic, Alhamdulillah..

Kerana..banyak lagi sebab..yang terlalu banyak..sehinggakan saya tak cukup masa untuk meluahkan tentang semua dalam blogspot ini..

Terima kasih Allah..Alhamdulillah..Thank you Allah



Monday, October 05, 2009

Adam dah sehat..alhamdulilllah..

Adam & Aiman


After a visit to Lita Alis on Friday, Adam has shown tremendous improvements on his health.
The doc suspected either Allergy, Rubella or campak, so he gave Adam ubat demam, ubat tahan gatal (makan) and ubat selsema (for his selsema and for the inflammation at his throat to cool down).

He also said Calamine Lotion is only for tahan gatal, and the reason why Klinik Kesihatan Putrajaya bagi Calamine sahaje is because diorang suke bagi penyakit tu to heal on its own..hmm..ape2 je la..asalkan Adam dah sihat, aku ok

Cume now Adam mcm sakit tekak, suara dia serak..kesian..I'm giving him air zamzam..ade petua lain tak?


p/s smlm gi Tesco beli walker Adam yang berharga RM29, pastu gi Ikano..ngat nak beli baju Adam..tapi terbeli dress labuh umi :P (tapi cun wooooo)

Friday, October 02, 2009

Dear Pakcik yang anaknye baru SPM...

Pagi tadi otw gi kije, bukak la hot.fm dengar si Fafau membebel mcm biasa..
Tajuk pagi ni, berkaitan PTPTN (ihetyu).

Memule ade caller tu cerite die sume stop bayar kejap je sbb nak kumpul duit kawen. Tapi tetibe dapat surat kene blok imegresen or something..caller tu mintak la hot.fm tlg query sikit PTPTN (durjana) ni..

Then lepas tu..ade sorang lagi pakcik ni call..he said sumthing like

'dulu masa pinjam duit PTPTN tak pk..skang ni dah kije gaji besar 4-5 ribu takkan tak mampu nak bayar..ape jenis manusiaa la macam ni'... dan beberapa jenis kutukan yang lain

ye kawan2..aku tak suke mencarut..especially kat pakcik2..tapi aku bajet mesti ramai dah tercarut kat die pagi tadi..and he deserve it

Fafau tanye la die ade anak tak..die jawab, anak die baru 2 org dan yg paling besar tengah amik SPM. He also said yang dia walaupun dah ada anak 2 orang, tapi tak penah pun ade loan yg tak dibayar...

And lepas tu aku dah sampai opis..terus dah tak dengar dah komen org lain..or komen PTPTN..i wonder what happened??

Hmm..tapi..

Dear pakcik,

Tak payah la backing PTPTN (durjana, ihetyu) yang seakan-akan ahlong yang memakai topeng gomen itu. Sekarang ni anak pakcik lom masuk university..dan seandainya dia terpaksa amik loan PTPTN kalau tak cukup ongkos untuk masuk uni..u'll know how it feels 4-5years later

Dear pakcik,

Kami yang dapat loan PTPTN ni sebenarnye bukan tak bayar..tapi kami bukan sahaja membayar amaun yang kami pinjam..tetapi juga terpaksa membayar segala admin fees / interest yang melambung2 bagaikan belon2 yang gembira. Kami sangat fedap la dear pakcik, bila melihat amaun yg kami bayar tu hanya cukup untuk cover admin fees/ interest tersebut..

Dear pakcik

Kami yang dapat loan PTPTN ni kebanyakkannye hanya dapat gaji RM1800++ lepas tamat belajar. Takde pun gaji 4-5k seperti yang pakcik sangkakan itu..tapi nanti kalau anak pakcik dapat gaji tinggi mcm tu lepas dia grad boleh la buat open house untuk kami2 ni ok..

Dear pakcik

Cube pakcik pk..betul ke konsep PTPTN (durjana) ni? bagi loan suruh sambung belajar, tapi suruh bayar interest/admin fee? tapi takpelah pakcik..masa dah time, saya kena balik untuk lunch kat rumah..

Babai Pakcik..

=>

aku kene bayar RM16k sekepuk..dah tulis surat nak bayar sikit2 bulan2 walaupun tengah kije kontrak, tapi rayuan tak diterima..tetap nak aku bayar RM16k sekepuk..akhirnya? the letter goes in the bin, aku tetap bayar bulan2..


ade aku kisah?? hua hua hua

Thursday, October 01, 2009

Adam dan measles, Munafsya SB





Adam demam since Sunday. So ummi pun off work lah memandangkan si Adam only wants his ummi for everything.
Kuat jugak demam dia, starting from 37.3 terus increases to 40. Asik dok ulang alik klinik je laa kami ni..pastu dok amik kain basah lap la satu badan dia.

Panas sangat..panic ok.


Memula gi Lita Alis, dokte bagi surat refer to Azzahrah suruh drip. Tapi sampai Azzahrah energetic plak. Then malam tu gi Emergency kat Putrajaya Spital..dokte bagi kain je suruh jaga sendiri kat rumah and lap2 badan dia.
Semalam, badan die naik bintik merah.
Aku tengok pelik jugak bintik merah ni..lain dengan masa die kene rashes haritu, so gerak la gi klinik kesihatan.

Dokte tu dgn belagak nye ckp..rashes aje..pastu plak suara adam dah hilang, tanye jugak la..dokte tu kate sebab demam..


alahai..siannye anak ummi
Harini, merah makin banyak despite dah letak calamine lotion. My mom ngan bibik confirm dah kate measles. So..gi la amik daun mambu kat Taman Warisan..dan disaat aku menulis nih, bibik tgh mandikan adam dgn daun tuu...

Hmm..sesape ade petua lain btau k


Pasal Munafsya SB lak..tolongla doakan sukses ok!! :D

Saturday, September 26, 2009

Uhh..

My nose is runny, my eyes sting..I didn't get to have enuff sleep last nite.
I feel a fever coming on..

p/s..pic miting munafsya sdn. bhd will be uploaded later :)

Friday, September 25, 2009

selamat hari raya


Adam dan Abi..sangat complete raya tahun ni..alhamdulillah..


1 Malaysia..kui kui

Masa ni je kitorang leh makan sama2, sbb time ni Adam tidoo..hehe

Poyos..idea En. Chop hehe

Suke!

Percubaan Adam masukkan soother dalam mulut :p

With the cousins

With AyahChik and the cousins



Ini je la sedutan gambar raya with my in-laws kat Perlis..sangat seronok!!
lenkali saye update lagi ok..

Monday, September 14, 2009

Happy birthday adam!

Happy Birthday Adam!! You are 5 months :D


Hari sabtu harituh gi Azzahrah, checkup Adam 5bulan..cucuk n bagi Rotatec.
Panick jugak bile dokte kate berat adam naik kepada 5.3kgs je drpd 5.1kgs mase die 4 bulan dulu. Dokte saspek UTI.

Balik tu bincang2 ngan abg..cerite ngan MIL, my mom and bibik. Masing-masing kata biasala..budak2 nak dapat benda baru memang jadi camtu sikit kdg2.
Ok, I wish its only because of that.

Then tergerak nak google psl UTI on babies. Tengok symptoms die byk kat adam..true, this few days die mmg tanak makan, tanak minum susu..selalu sakit perut..check urine die mmg agak concentrated and smells a li'l odd..

So sunday morning lepas dapat kuih tat frm kak shila, aku terus drag yeh dan adam ke azzahrah utk jumpe paed kat sana walaupun time tu abg agak reluctant sebab my MIL and mom kate takde pape kan..kuang kuang..aku risau la okeh..
Bile jumpe dokte, die tu pun mcm risau gak bile aku cerite tuh and die kate mmg ade possiblity utk UTI bile die take a look kat adam. Dokte kate die kene buat urine test, kalau positive we have to go for ultrasound utk tengok kidney adam..kalau semua ok, maka adam akan dicircumcised! :D Dokte kate kalau sunat baby takyah jait, and boleh pakai pampers mcm biasa..dlm 5-7hari baik la..so better lah for him.

After that die attachkan plastik kat dlm pampers adam, and wait for him to shishi.
Tunggu punye tunggu adam takmo buang air gak..so balik la dulu..bagi makan..bagi mandi..haa dapat la sikit, lepas tu baru gerak gi hantar sample urine kat azzahrah balik.

hmm..I hope its true the reason adam x naik berat badan is because he wants to learn something new..and not because of UTI atau ape2 saje..

pls help pray for my li'l one k guys..
thanks =)



T_T pagi2 aku dah mcm org gilak! laptop ngan cable baru nak masuk bag..kain baju kurung hilang ntah kemana..carseat adam tak keluarkan dari kereta..solat pun belum..risau takut jem, takut tak dapat parking..haih..macam-macam..padehal bangun awal..
Ingat abg pesan suruh sabar..tapi pagi tadi fail..sorry..

Ya Allah, pls forgive me for saying what I said..for doing what I did..



Tuesday, September 08, 2009

hmmmmmmmmmmm

I'm not complaining..but just updating that..

I'm quite exhausted.

Mun, lupe nak wish kat sini...

Happy Birthday dear :)


My love

Sunday, September 06, 2009

It takes time..

I guess it takes time for things to fall in place, into their very own space..
=)

Wednesday, September 02, 2009

Kene marah dengan bos sebab gelak ..kui kui

Tn Hj marah tadi..
sebab aku ngan Liza gelak kuat sangat.

Apsal aku gelak?
Sebab time tu aku ngan excel tgh bodo..dua2 biol..dua2 tanak bekerjasama..
Maksudnye?
Aku tgh wat kije..tapi rase klaka bile excel mempermain2kan aku..

sori bos..at least I was doing my job..


pastu dapat note
'kaknad, saya mintak maaf apa yang terjadi minggu lepas.
apa yang berlaku amat dikesali..'

hahahah..adehla..comel pulak..
gelak besar aku lagi skali kat opis ..
hahahah..(sebbaik tn hj takde time tu) :p

Thursday, August 27, 2009

A song for Adam :)



Tidur Sayang - Innuendo

Kau tersenyum,ku terpaku
jejari halusmu menggenggam rambutku

sinaran matamu
menusuk di kalbu
tak mungkinku melupakan

sebegini pengalaman

lalu hatiku berkata
Segala Untukmu


bila besar nanti

biar tersendiri

benar pada janji

jangan lupakan Ilahi


akan tiba

BAHAGIA

tak mungkin sendirian

belum pun sempat rindu

Ummi (:p) pulang

dibuai dalam mimpi

kau ku sayang