Erfaan's First Birthday ticker

Lilypie First Birthday tickers

Adam's Second Birthday ticker

Lilypie Second Birthday tickers

Saturday, October 04, 2008

Soto Ayam

Memandangkan yang nasi impit haritu banyak lagi, maka kitorang pun buat keputusan utk wat soto ayam utk tetamu2 yg akan dtg hari ni.
Ok la jugak..cume takde su'un la..bergedil, sambal kicap, telur rebus pun ade..:P Dessert biaselah, caramel dan buah-buahan..malas nak buat jeli sebab tak reti buat yang kale2 tu heheh..ade jugak alasan camtu yek..

Dan harini gak kitorang dapat jemputan open house ke 2 buah rumah. 1 rumah budak medic, 1 lagi pasangan org kawen. Tapi unfortunately kitorang tak dapat gi both pun sebab kalut masak2 untuk kawan2 yg nak datang.

----

Malam tadi lepas dinner jalan2 dgn abang kat pekan tanta. Dapat tengok suasana Arab beraye.
Bagi Arab, Hari Raya ialah hari utk bersuke rie sungguh2. Diorang akan gi Zoo, Pantai, Shopping Complex, Fun Fair..dan yang kat Tanta ni, kebanyakkan diorang akan bawak 1 family duduk2 di taman sambil makan2 sampaiilaaa ke malam. Kat Tanta ni yang dikatakan taman permainan hanye satu ruang sederhana besar antara 2 buah jalan raya. Kalau kat mesia, kite panggil devider jalan hehe..cume ruang die besar sikit la..boleh taruk buaian, jongkang kongket, boleh jual belon, jual jagung bakar, budak2 pun bleh main kejar2 dengan mak2 diorang kat atas devider tu.
Memang meriah.
Dan kalau hari raya, kebanyakkannye diorang ni memang tak lepak kat rumah. Mak2 seolah2 diberi cuti dari masak dan buat kerja rumah hehe bes kan? :P
Budaya bermaafan dihari raya? Tatau la, tapi bukan cam budaya kite kot..

Memang berbeza dengan cara kita beraya.
Kite selalunye, hari raya lah antara hari2 cuti yang semua family dapat berkumpul sama2. Mintak maaf kat semua org, masak, dan makan ramai2.
Hari Raya seterusnya pulak baru kite akan pegi berkelah ramai2..tu pun dah lepas settle kunjung ke rumah sanak sedara.

Masing2 dengan budaya masing2..

Itulah..betul kata sume orang, bila kite dah kene beraye kat tempat orang ni, time tu lah kite dapat pengalaman baru.
Kalau aku takde la pengalaman beraye kat mesir ni, mungkin aku take for granted je berhari raya kat mesia..mungkin jugak aku takkan pandai buat rendang atau soto..hehehe :P

----------------------

8th October ni cousin aku Hanan nak dtg sambung belajar Medic kat Mesir.
Alhamdulillah, ade jugak org boleh tlg bawak anmum dtg ke mesir hehe.
Cumenye, mungkin nak kene gi ambik barang tu kat airport..tapi tu lah, perjalanan ke airport makan masa lebih kurang 4 jam, dan Hanan pun memang dah ade orang yg akan uruskan dia dan kawan2 di airport tu.
Dan paham2lah..kitorang ni naik public transport ajek..pergi balik dah 8 jam..uii penat.
Harap2 Hanan sambung kat Mansurah..sebab kalau x dpt gi airport nanti mungkin boleh ambik di mansurah je..hehe mansurah dekat je dengan Tanta :D


ok lah, dah panjang dah aku membebel ni.
Siyu.wen.ai.siyu!!

3 comments:

ummi said...

Salam Nad,

Hemmm..best first raya lepas kawin dapat raya kat tempat org.Terus dapat pandai masak! Nampaknya memang untung sebab ada darah org utara, memang ada kick kalau masak walaupun first time!

Lepas ni balik malaysia boleh buat open house lah!

Anyway, Tahniah!!!

nad said...

hehe wslm kak opin,

yeahh..makanan utara mmg syok!! kalau makanan pahang pulak..paling sedap ikan patin masak tempoyak..sedap gile tapi nad tak reti ikan2 ni hehe

kak opin update
la gambar makanan lagi..rindu nak tgk makanan kak opin buat :D

Tengkiyu!!

hawaliyana said...

nad..

hanan g mansurahler.. tp cner nak kontek die nanti kan?? ko xyahlar g airport.. jauh.. jage diri tu.. huhu.